Uncategorized

#PeraduanMH: Sertai Pengalaman Seram Filem Indonesia, Sebelum Iblis Menjemput!

Share

Mengisahkan Alfie, seorang wanita muda yang ditinggalkan bapanya sewaktu kecil. Alfie terpaksa hidup berdikari dan bersendirian setelah kematian ibunya secara misteri.

Satu hari, dia mendapat khabar bahawa ayahnya sakit namun tidak diketahui apakah penyebabnya. Nekad ingin mengetahui apakah yang menimpa bapanya membuatkan Alfie cuba untuk mencari jawapannya sendiri lalu membawanya ke villa lama keluarga mereka.

Namun kehadiran ibu tirinya, Laksmi bersama saudara tirinya, Maya makin mengeruhkan keadaan hingga berlaku kejadian tragis di villa berkenaan.

Filem ini menggandingkan Chelsea Islan dan Pevita Pearce sebagai teraju utamanya, malahan ia juga adalah filem genre seram/horror pertama untuk kedua-dua mereka.

Diarahkan oleh pengarah Timo Tjahjanto yang popular dengan karya seperti Rumah Dara (2010), Killers (2013) dan Headshot (2016).

Selain itu, filem ini juga dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Samo Rafael, Hadijah Shahab, Ruth Marini, Karina Suwandi, dan Ray Sahetapy.

Kepada pembaca MH yang berminat untuk memenangi barangan eksklusif filem Sebelum Iblis Menjemput boleh ke Instagram Media Hiburan (@mediahiburanofficial) dan jawab soalan yang mudah sungguh!

Jangan lepaskan peluang, nonton filem paling seram dari Indonesia!

JOM SERTAI #PERADUANMH, hanya ikuti sahaja langkah di bawah;

Foto:  Ideate Media Sdn. Bhd.

IKLAN