Uncategorized

#PeraduanMH Selami Konflik Dari Dasar Lautan Artik Menerusi Filem Hunter Killer

Share

Filem Hunter Killer mengisahkan komander kapal selam, Joe Glass yang dilakonkan oleh Gerard Butler yang mempunyai misi mencari kapal selam Amerika Syarikat (AS) yang berada dalam kesusahan.

Dalam masa yang sama berlakunya insiden rampasan kuasa di Rusia malah penculikan presidennya yang boleh membawa kepada perang dunia ketiga.

Disebabkan kru kapal selam dan negara dalam keadaan bahaya, Komander Glass membentuk unit elit yang terdiri daripada bekas ahli Navy SEALs untuk menyelinap masuk ke perairan musuh dan menyelamatkan presiden yang diculik.

 

Namun begitu, tugas tersebut bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi berada di bawah perairan artik di mana perang dinginnya tidak pernah berakhir.

Bagaimana jika latihan ketenteraan ini bukan lagi sebuah permainan? Bagaimana jika hanya ada satu peluang untuk menyelamatkan dunia dari ambang Perang Dunia Ketiga dan konflik nuklear yang tidak dapat dibayangkan apabila berlakunya kekacauan di darat?

Ini adalah ketegangan yang boleh disaksikan penonton.

Lebih menarik, ia turut mengandungi elemen-elemen dari filem kapal selam klasik iaitu situasi tegang, klaustrofobia, tekanan fizikal dan psikologi era selepas Perang Dingin, iaitu rampasan kuasa.

Diarahkan oleh Donovan March yang sebelum ini terlibat dengan projek-projek seperti The Good Fight, Spud dan Avenged.

Selain Butler yang sebelum ini pernah terlibat dengan filem-filem aksi yang tidak pernah menghampakan seperti Fast & Furious, London Has Fallen dan Olympus Has Fallen, filem ini turut dibintangi oleh pemenang Anugerah Oscar, Gary Oldman (Anugerah Pelakon Terbaik, Darkest Hour, 2017), Common (John Wick: Chapter 2), Linda Cardellini (Avengers: Age of Ultron) dan Toby Stephens (Die Another Day).

Kepada pembaca MH yang berminat untuk mendapatkan tiket wayang percuma untuk menonton filem ini di pawagam, boleh ke Instagram Media Hiburan iaitu @mediahiburanofficial dan ikuti beberapa langkah mudah!

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem aksi penuh debar ini!

Foto: Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd

IKLAN