Uncategorized

#PeraduanMH: Jom Menangi Tiket Wayang Filem The Predator!

Share

Cuba bayangkan sekiranya korang terserempak dengan sekumpulan mahluk asing ganas turun ke muka bumi  tetapi tiada siapa yang percaya apabila korang menceritakannya.

Hari demi hari mahluk asing tersebut semakin mengganas sehingga meragut banyak nyawa manusia tidak berdosa!

Itulah yang situasi dihadapi seorang bekas pasukan khas tentera laut, Quinn McKenna (Boyd Holbrook) yang secara tidak sengaja mendapati kewujudan entiti dahsyat itu.

Malangnya, apabila dia cuba memberitahu penemuan tersebut, malangnya tiada siapa yang ambil peduli.

Kisah bermula apabila mahluk asing yang diceritakan oleh Quinn benar-benar muncul dan menyerang penduduk bumi.

Oleh itu, Quinn memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan khas bersama-sama rakannya yang lain untuk menentang mahluk asing tersebut.

Apakah yang akan berlaku selepas itu? Adakah mereka berjaya menghalangnya dengan mudah atau terpaksa berdepan pelbagai cabaran?

Jom saksikannya bersama kami dengan menjawab beberapa soalan mudah di IG kami, @mediahiburanofficial, pada 12 September ini (RABU), di GSC One Utama.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem hebat ini secara eksklusif. Siapa cepat dia dapat. Korang hanya perlu ikut rules di Instagram kami sahaja untuk jadi penonton terawal filem ini. Mudah bukan?

Foto: Terima kasih Twentieth Century Fox Film

IKLAN