Penyanyi remaja Indonesia, Farel Prayoga membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya pernah didera secara fizikal dan emosi oleh ibu tiri serta dipaksa menyanyi di jalanan sejak usia lapan tahun bagi menampung kehidupan keluarganya.

Kisah menyayat hati itu dikongsi sendiri oleh Farel menerusi satu wawancara eksklusif dalam saluran YouTube milik personaliti terkenal, Denny Sumargo, baru-baru ini.

Menurut Farel, penderitaan yang dialaminya bermula apabila dia dipaksa turun ke jalan menyanyi setiap hari bagi mencari wang bagi menyara bapa, ibu tiri serta adik-beradiknya.

“Saya nyanyi dari jam 9 pagi sampai 11 malam, kadang-kadang langsung tak dapat tidur. Kalau saya tak keluar menyanyi, saya akan dimarahi, malah pernah dihalau dari rumah,” ujarnya dalam nada sebak.

Lebih menyedihkan, Farel yang menyangka wanita itu merupakan ibu kandungnya, hanya mengetahui hakikat sebenar bahawa wanita tersebut ialah ibu tiri ketika berusia lapan tahun. Sejak dari itu, layanan terhadapnya dilihat semakin kasar dan penuh kebencian.

Ads
Penyanyi Remaja Dedah Dianiaya Ibu Tiri, Dipaksa Menyanyi Untuk Tanggung Keluarga
Farel bersama bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo.

“Dia cakap muka saya macam ibu kandung saya, sebab itu dia benci saya, dan setiap kali marah dia akan melempiaskan rasa itu kepada saya atas aasan tersebut,” dedah penyanyi lagu Ojo Dibandingke itu.

Penderaan bukan sahaja berlaku secara fizikal, malah emosi Farel turut terganggu apabila duit hasil titik peluhnya menyanyi turut didakwa sering disalah guna oleh keluarganya, termasuk membeli kuda untuk abangnya.

Ads

Malah, bapanya, Joko Suyoto, yang turut mempunyai sejarah terlibat dalam aktiviti perjudian atas talian, didakwa tidak bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan hasil pendapatan Farel.

“Saya disalahkan kononnya boros, tapi duit saya digunakan untuk kepentingan orang lain. Saya cuma mahu bapa saya berubah,” kata Farel.

Ads

Kini, selepas berjaya mencipta nama sebagai penyanyi remaja popular Indonesia, Farel tampil bersuara demi mencari keadilan buat dirinya dan adik-adik yang lain.

Menurut Farel lagi, kini dia sudah berkomunikasi dengan ibu kandungnya yang bekerja sebagai tukang cuci baju. Kongsinya lagi, ibu kandungnya merupakan bekas isteri kedua ayahnya. Namun sehingga kini dia belum lagi bersemuka dengan sosok wanita itu.

Farel Prayoga sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila tampil membuat persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-77 di hadapan Presiden Joko Widodo di Istana Negara pada tahun 2022. Sejak itu, namanya terus melonjak naik dalam industri muzik tanah air.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads