Penyanyi dangdut tersohor Indonesia, Yunita Ababiel telah meninggal dunia pada Ahad lalu, 13 Julai 2025 di kediamannya yang terletak di Depok, Jawa Barat. Difahamkan, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi.
Berita pemergian penyanyi era 1990-an itu disampaikan sendiri oleh rakan seindustri yang juga Raja Dangdut Indonesia, Rhoma Irama, menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini pada hari kejadian.
“Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Roji’un. Telah berpulang ke rahmatullah, salah seorang insan dangdut tanah air, Hajah @yunitaababiel,” tulisnya ringkas namun penuh makna.
Keluarga arwah turut berkongsi berita duka tersebut melalui akaun Instagram peribadi Yunita, memohon doa agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Beliau sebelum ini diketahui menghidap kanser payudara sejak dua tahun lalu dan menjalani rawatan yang berterusan termasuklah kemoterapi dan pembedahan.
Ads
Imbas kembali, Yunita yang dilahirkan di Bandung pada 15 Januari 1964 mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak usia muda, dengan album sulung Maafkan Sayang diterbitkan pada tahun 1979.
Ads
Beliau dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi dangdut, tetapi juga pernah merakamkan beberapa lagu pop, termasuk karya ciptaan komposer terkenal seperti A. Riyanto dan Rinto Harahap.
Kemuncak kariernya dicapai menerusi album Trauma pada tahun 1999, di mana lagu utama dalam album itu menjadi antara lagu paling popular ketika era tersebut. Jika dilihat pada capaian digital, lagu tersebut menerima tontonan lebih 16 juta kali di laman YouTube sehingga kini.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Fasha Sandha lebih senang untuk kekal merendah diri meskipun menerima Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, baru-baru ini.
Bagi Fasha, anugerah yang diterima merupakan antara pengiktirafan paling besar dalam hidupnya dan menjadi pemangkin untuk terus memperbaiki diri.
“Kalau bercakap lebih nanti, saya risau orang kata saya riak. Saya pun tak tahu bagaimana nama saya terpilih namun, saya anggap itu adalah hadiah dari Raja Perlis.
“Saya sangat berbesar hati dan kurniaan ini menyuntik semangat saya untuk menjadi insan yang lebih baik. Banyak lagi perkara yang perlu kita perbaiki dalam hidup ini,” katanya kepada MH.
Sebagai anak seni yang dibesarkan di negeri Perlis, Fasha akui terharu apabila jasanya dihargai.
Malah, katanya lagi, anugerah itu juga disifatkan sebagai satu rezeki berkat perkahwinan dan anak-anak yang menjadi kekuatan dirinya kini.
“Saya anggap itu juga rezeki perkahwinan dan anak-anak. Seperti yang selalu saya katakan, saya ini banyak kekurangan berbanding kelebihan.
“Jadi, bila kelebihan kita diiktiraf, itu adalah rezeki. Pengiktirafan dan kurniaan itu jarang diberikan oleh pihak istana. Saya tak pernah sangka,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fasha turut menyatakan keterbukaannya untuk terus menyumbang khidmat di negeri Perlis, namun tidak mahu meletakkan sebarang janji besar.
Bagi dirinya, apa yang penting adalah untuk kekal menjadi diri sendiri.
“Saya tak rasa terbeban. Sebaliknya, rasa dihargai. Namun, saya tidak mahu terlalu menjanjikan apa-apa. Saya tetap mahu menjadi diri sendiri.
“Mungkin saya akan lebih aktif di Perlis selepas ini. Sebelum ini, saya memang selalu berkongsi fasal negeri Perlis.
“Walaupun saya dilahirkan di Johor tapi dibesarkan di Perlis. Mungkin sebab itu periktirafan itu diberikan kepada saya. Ia satu kenangan yang manis,” kongsinya lagi.
Mengulas spekulasi yang mengaitkan penganugerahan tersebut sebagai laluan awal kepada gelaran Datuk, Fasha bagaimanapun menegaskan perkara itu langsung tidak pernah terlintas di fikirannya.
“Gelaran Datuk? Terlalu berat dan saya tak pernah terfikir langsung. Tiada komen mengenai itu,” katanya.
Sebaliknya, dia menekankan dirinya belum layak untuk dianggap ikon negeri Perlis.
“Terlalu jauh untuk saya dianggap ikon negeri Perlis. Ramai lagi orang yang lebih layak. Saya hanya insan biasa yang masih belajar dan terus mencuba untuk jadi lebih baik,” akhirinya.
Fasha ditemui pada Majls Tayangan Gala Filem Citra Apartment lakonan adiknya, Elisya Sandha. Filem arahan Amor Rizan itu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kejayaan Misha Omar Back To Basic, penyanyi Misha Omar terus mencetus keterujaan apabila mengumumkan konsert berskala besar yang bakal berlangsung pada 29 November 2025.
Tanpa banyak gimik, bintang berusia 43 tahun itu memilih untuk mengumumkan berita itu tepat tengah malam di Instagram satu bulan lalu, sekali gus membuatkan peminat tidak keruan menanti.
Sebelum mengumumkan butiran lanjut seperti nama, lokasi dan tarikh konsert, Misha terlebih dahulu menghangatkan suasana dengan pelancaran single berjudul Break, sebuah lagu galau dan emosional.
Tak lama kemudian, tarikh dan lokasi konsert diumumkan menerusi DiA Misha Omar, yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, dibawakan oleh Double M Production dengan kerjasama Altus Prohouse selaku pengurus konsert.
Berbeza dengan showcase yang dianjurkan Disember tahun lalu, DiA Misha Omar bukan sambungan, tetapi satu bentuk keraian perjalanan seninya selama lebih dua dekad.
Ia juga dianggap fasa baharu dalam karier Misha, yang sebelum ini jarang melakukan konsert besar atas pilihannya sendiri.
Misha sememangnya dikenali sebagai seorang penghibur yang cenderung kepada sesuatu yang sederhana tetapi bermakna.
Begitu juga dengan pemilihan judul konsert ini. Ia mencerminkan perjalanan selama 23 tahun dalam dunia seni, dari Bunga-Bunga Cinta hingga Break.
Konsert ini dijangka menjadi pentas untuk mengabadikan segala momen manis dan kenangan berharga bersama peminat yang telah menyokongnya sejak awal.
Menurut wakil Altus Prohouse, Miselyn Yee Siew, peminat boleh menjangkakan pengalaman yang berkualiti tinggi dengan barisan pemuzik hebat dan persembahan pentas yang terbaik.
“Kami akan memastikan sesuatu yang berkualiti, pengalaman menikmati konsert yang hebat dengan barisan pemuzik dan persembahan panggung daripada Misha pada tahap terbaik di DiA Misha Omar, malam 29 November nanti.
“Bagaimana ia akan berlangsung dan apa yang bakal berlaku, semua itu terjawab apabila anda menjadi salah seorang penonton di Mega Star Arena, Kuala Lumpur kelak,” katanya.
Dalam pada itu, Misha turut menyifatkan DiA Misha Omar sebagai sebuah sejarah penting dalam karier seninya setelah dua dekad lebih menyanyi.
Ia bukan sekadar konsert, tetapi peringatan tentang perjuangan, kepercayaan dan sokongan yang tidak pernah pudar dari industri dan peminat.
“DiA Misha Omar bukan hanya tentang saya seorang tapi tentang bagaimana perjuangan karier yang telah ditapaki lebih 20 tahun ini disokong penuh makna oleh pemain industri dan peminat.
“Ironi, saya tidak pernah mempunyai kelab peminat tetapi dengan kuasa karya bermutu yang diberikan kepada saya, dengan kepercayaan peminat bahawa saya masih relevan untuk menghiburkan mereka, maka perjalanan seni saya dapat bertahan sehingga kini.
“Siapa sangka, diam-diam saya berjaya melewati ‘hitam-putih’ 20 tahun sebagai seorang penghibur.
“DiA Misha Omar adalah titik destinasi baharu yang akan saya tandai dengan sejarah baik dan manis bersama anda semua.
“Ia umpama sebuah Riwayat Cinta daripada Misha Omar kepada semua. Saya mahu melihat adakah peminat Masih Mempunyai Rasa Itu terhadap Misha Omar.
“Jika ada, Pulangkan rasa itu dan Semoga Abadi DiA Misha Omar yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 29 November 2025 dalam ingatan kita bersama,” katanya.
Tiket konsert akan mula dijual pada 25 Julai 2025 jam 10 pagi dan harga bermula dari SILVER bernilai RM288, GOLD (RM388), PLATINUM (RM488), DIAMOND (RM588), VIP 2 (RM688) VIP 1 (RM1,200) dan ROYAL TWIN SEAT (2 pax RM1,200).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Zizi Hazirah, tetap tenang dan profesional meskipun menerima pelbagai kecaman susulan lakonannya sebagai Aina dalam drama Dia Bukan Syurga.
Menurut Zizi, dia memahami bahawa kecaman tersebut datang daripada penonton yang terlalu menghayati watak antagonis yang dibawakannya.
“Memang banyak kecaman yang saya terima. Namun, saya melihatnya dari sudut yang positif. Saya anggap komen negatif itu sebagai hiburan sahaja.
“Saya faham mereka yang komen negatif ini hanya mahu melepaskan apa yang mereka rasa. Jadi, saya terima dengan hati yang terbuka.
“Komen-komen sebegitu tidak mengganggu emosi saya,” katanya kepada MH.
Graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini juga mendedahkan, dia juga ada menerima komen melampau daripada seorang wanita berusia susulan drama berkenaan.
“Komen yang paling teruk saya terima adalah daripada seorang makcik. Dengan tak bagi salam, dia terus cakap saya ‘babi’. ‘Kau, Tajul dan mak dia patut masuk neraka’.
“Namun, saya tetap balas dengan cara yang baik. Saya ucap terima kasih dan bersyukur kerana watak saya ini berjaya memberi rasa kepada penonton.
“Sebenarnya, ramai juga beri maklum balas yang baik kerana watak saya ini menjadi. Apapun, watak saya ini hanyalah untuk memberikan pengajaran,” ujarnya.
Dalam masa sama, Zizi turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan watak Aina dengan kehidupannya di dunia nyata.
“Itu tidak benar. Orang di sekeliling tahu siapa diri saya yang sebenar.
“Buat yang berkata sebegitu, saya tak boleh nak menghalang atau menutup mulut mereka. Saya terima sahaja dengan hati yang terbuka,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dikritik kerana dikatakan kurang popular dan tidak memiliki aura untuk menggalas watak sebagai hero, pelakon Firdaus Karim tetap bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan pihak produksi dan stesen TV untuk membintangi drama Doa Yang Terlindung.