Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi dan bekas peserta popular Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Lotter P. Edwin Edin yang meninggal dunia pada 18 Oktober 2025 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Menurut laporan Sabah News, beliau meninggal dunia jam 10.50 malam. Sebelum itu, beliau terlebih dahulu dimasukkan ke hospital apabila mengalami masalah kesukaran bernafas.
Lotter,43, mula mencipta nama selepas menyertai program realiti popular Akademi Fantasia musim keempat pada tahun 2006 dan muncul sebagai naib juara.
Ads
Lotter ketika bergelar penyampai Suria FM Sabah
Sepanjang penglibatannya dalam industri muzik, beliau dikenali dengan suaranya yang unik serta keperibadian yang mesra dengan peminat.
Ads
Selain bergiat dalam bidang nyanyian, beliau juga pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di beberapa stesen tempatan seperti Suria FM Sabah dan Kupikupifm.
Ads
Imbas kembali, Lotter menyertai Akademi Fantasia musim keempat pada 2006 ketika berusia 25 tahun. Beliau tersingkir pada minggu ketujuh namun kembali masuk dalam pertandingan pada minggu kesembilan menerusi undian AF masuk.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan Singapura dikejutkan dengan berita penyanyi dan penerbit muzik terkenal, Hong Junyang, 43, yang disahkan diisytiharkan bankrap oleh pihak berkuasa republik itu selepas gagal melunaskan hutang berkaitan perniagaan dalam sektor makanan dan minuman (F&B).
Menurut laporan , nama Hong disenaraikan dalam Government Gazette of Singapore bagi individu yang diisytiharkan muflis pada September 2025, sekali gus menandakan detik paling sukar dalam perjalanan karier bintang kelahiran program realiti Project Superstar itu.
Hong yang kini juga aktif sebagai penerbit muzik dan pemilik restoran, mengakui perkara tersebut dalam kenyataan kepada media tempatan sambil menyatakan bahawa beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bertekad untuk memperbaiki kesilapan lalu.
“Sejak Covid-19 bermula, ia sangat, sangat sukar untuk kami, sehingga penutupan kami… saya cuba yang terbaik,” katanya.
Difahamkan, Hong terlibat dalam beberapa projek perniagaan termasuk restoran The Original Boat Noodle serta beberapa usaha makanan lain yang mula beroperasi selepas pandemik.
Namun, tekanan ekonomi dan peningkatan kos operasi menyebabkan perniagaannya berdepan kerugian besar sehingga gagal membayar hutang yang ditanggung.
Walaupun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutang tersebut, penyanyi yang juga suami kepada hos televisyen popular, Candyce Toh, itu mengakui tempoh sukar ini memberi kesedaran besar tentang nilai ketabahan dan tanggungjawab.
“Ini adalah pengalaman yang sukar dan menyakitkan. Tetapi saya rasa wajar saya menghadapinya dengan penuh tanggungjawab dan saya akan terus memilih untuk menghadapinya dengan penuh tanggungjawab.
“Saya juga mengambil masa ini untuk merenung, bergerak ke hadapan, menetapkan semula, belajar semula dan yang paling penting untuk membina semula segala-galanya untuk menjadi lebih kuat pada masa hadapan. Saya tidak melihat ini sebagai penamat,” ujarnya
Hong mula dikenali selepas muncul dalam rancangan Project Superstar pada 2005 dan sejak itu aktif dalam bidang nyanyian serta penerbitan muzik, selain pernah menulis lagu untuk artis-artis ternama di Singapura.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!
Menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah sudah tentunya menjadi impian setiap umat Islam, namun tidak semua berpeluang menjadi tetamu Allah jika belum sampai ‘seru’, termasuk faktor kewangan yang sering menjadi kekangan utama.
Justeru, penyanyi Damit sudah melalui pengalaman menunaikan umrah secara Do It Yourself (DIY) bersama sahabatnya, usahawan pelancongan Datin Aisyah Ghazali, yang juga Pengurus Perhubungan Awam di Izz Ikhwan Travel Empire.
istilah Umrah ‘DIY’ bermaksud menunaikan ibadah umrah dengan menguruskan sendiri segala persiapan seperti tempahan tiket penerbangan, penginapan, visa, dan pengangkutan tanpa bantuan agensi pelancongan.
Kali pertama Ayu dan Aisyah menunaikan umrah DIY ialah tahun lalu adalah secara berkumpulan, memandangkan kosnya jauh lebih murah berbanding menggunakan khidmat ejen.
Ayu yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu itu menjelaskan, kos umrah DIY hanya bermula sekitar RM3,500 seorang.
“Saya mula tahu tentang umrah DIY apabila Datin Aisyah menawarkannya pergi bersama kumpulan bawah Izz Ikhwan.
“Menunaikan umrah secara DIY adalah satu pengalaman berbeza berbanding mengikuti pakej agensi pelancongan yang mencecah paling minimum RM6,000 seorang.
“Bagi saya, umrah DIY ini satu peluang yang sangat bagus buat mereka yang tidak cukup wang tapi mahu menunaikan umrah.
“Iyalah, biasanya kita selalu dengar kekangan dari segi kewangan yang tak mencukupi untuk ke sana menjadi antara sebab yang tersebar impian untuk tunai umrah terpaksa ditangguhkan.
“Jadi dengan adanya umrah DIY ini, ia menjadi peluang terbaik untuk kita sama-sama menjadi tetamu Allah kerana kosnya lebih rendah,” katanya ketika ditemui pada Anugerah Malam Gala Izz Ikhwan Travel Empire yang berlangsung di Mines Beach Resort, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.
Ayu yang bakal menunaikan umrah DIY sekali lagi pada November ini turut berkongsi kelebihan pendekatan tersebut.
“Antara perkara yang saya suka tentang umrah DIY ini adalah boleh merancang jadual sendiri. Masa lebih fleksibel membolehkan saya untuk melakukan lebih banyak ibadah sebab tak terikat dengan jadual.
“Selain itu, kos yang lebih jimat dari menggunakan agensi turut menarik minat saya. Mudah untuk saya memilih hotel dan restoran mengikut bajet yang saya ada,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Datin Aisyah Ghazali atau lebih mesra disapa Asha pula menjelaskan, umrah DIY sebenarnya turut memerlukan persediaan rapi agar ibadah berjalan dengan lancar.
“Walaupun tanpa menggunakan agensi, anda yang mahu buat umrah DIY boleh membuat persiapan sendiri.
“Antaranya memastikan dokumen seperti pasport sah digunakan sekurang-kurangnya enam bulan, lengkapkan vaksinasi meningitis dan COVID-19 (jika masih diperlukan), serta dapatkan Sijil Vaksin Antarabangsa (ICV).
“Bukan itu sahaja, anda perlu dapatkan visa umrah atau visa pelancong secara digital melalui platform rasmi dan pilih syarikat penerbangan serta tempah tiket ke lapangan terbang Jeddah (JED) atau Madinah (MED) mengikut bajet anda.
“Persediaan lain yang perlu dibuat adalah seperti menyediakan pakaian yang sesuai dengan cuaca panas, bawa barangan peribadi penting seperti sandal, pelindung matahari, dan ubat-ubatan,” katanya.
Asha turut menambah, Izz Ikhwan Travel berperanan dalam membantu memberi panduan dan maklumat kepada semua kumpulan yang memilih untuk melakukan umrah DIY.
terdahulu dalam majlis Malam Gala Izz Ikhwan Travel Empire yang sama, seramai 50 ejen turut diraikan sempena ulang tahun ke-11 penubuhan syarikat tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap mereka yang membantu lebih ramai umat Islam merealisasikan impian menjadi tetamu Allah dengan cara yang lebih mudah dan mampu milik.
Selain Ayu yang turut membuat persembahan menerusi beberapa buah lagu pada malam itu, persembahan rakan artis, Erry Putra dan segmen solidariti terhadap rakyat Palestine daripada para ejen turut mencuri tumpuan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama selebriti popular, Elly Mazlein sekali lagi mencuri perhatian apabila timbul dakwaan membayangkan dirinya bakal menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio.
Sebelum ini, keputusan Elly yang popular menerusi lagu Sabarlah Hati itu untuk menarik diri daripada menyertai program anugerah turut mengejutkan ramai pihak.
Ibu kepada dua cahaya mata itu didakwa bakal mengambil keputusan tersebut dalam masa terdekat selepas hampir dua tahun mengendalikan konti radio.
Sepanjang bergelar penyampai radio, Elly memberi sentuhan berbeza dalam dunia penyiaran apabila aktif turun padang menyantuni golongan kurang bernasib baik.
Malah, kehadirannya baru-baru ini bersama masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan turut mendapat reaksi positif daripada warganet.
Bagaimanapun, kesahihan mengenai dakwaan terbabit belum dapat dipastikan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!