Komposer dan penulis lagu terkenal, Aubrey Suwito ada memberikan reaksinya berhubung persembahan diantara penyanyi, Tomok dan Nuha Bahrin ketika mempersembahkan lagu Di Matamu di konsert minggu ke-2 Vokal Mania yang berlangsung pada Sabtu.

Menurut Aubrey, para penyanyi muda sepatut mencontohi cara nyanyian Tomok yang dilihat begitu tenang mengawal teknik vokal dan tidak terlalu berlebih-lebihan di dalam penyampaiannya.

“Tomok sentiasa mengekalkan tahap persembahan pada kelasnya yang tersendiri.

Ads

“Penyanyi muda sekalian, lihat dan belajar bagaimana ketenangan, pitching dan kawalan suara yang Tomok lakukan.

“Sebenarnya ini adalah video yang terbaik untuk menggambarkan apa yang patut dibuat dan tidak patut dibuat ketika mengadakan persembahan nyanyian.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aubrey menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.

Ads

Dalam pada itu, Aubrey turut menyifatkan persembahan tersebut adalah contoh yang terbaik untuk melihat apa yang sepatut dilakukan oleh seorang penyanyi dan begitu jugalah sebaliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pandangan yang sama selain turut memuji persembahan yang ditunjukkan oleh Tomok itu.

Ads

“Penyanyi Baru, Tonton Dan Belajar…,” – Gara-Gara Vokal Mania, Aubrey Suwito Nasihat Penyanyi Muda Contohi Tomok “Penyanyi Baru, Tonton Dan Belajar…,” – Gara-Gara Vokal Mania, Aubrey Suwito Nasihat Penyanyi Muda Contohi Tomok

Sebagi info, program nyanyian, Vokal Mania bersiaran secara langsung di TV3 bermula 24 Oktober lalu setiap Sabtu, jam 9 malam.

Sumber: Twitter Aubrey Suwito

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads