Selebriti versatil Elly Mazlein akhirnya berkongsi foto anak keduanya, Haider Mateen Mohd Azlan menjelang sambutan tahun baru 2022.
Foto tersebut dimuat naik penyanyi Merry Go Round itu menerusi Instagram yang dikemas kini. Turut tertera ialah foto anak pertamanya, Putri Sara Sefhia ketika masih bayi.
“2 Cinta mama Putri Sara Sefhia & Haider Mateen. Penutup keindahan Tahun 2021. Selamat Datang 2022,” tulisnya.
Bagaimanapun akses ruangan komen ditutup Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina.
Ads
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, terdahulu sudah berkongsikan wajah penuh anaknya ketika diundang sebagai pengacara jemputan MeleTOP pada 28 Disember lalu.
Ads
Elly berkahwin dengan suaminya, Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Ads
Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Mark Adam, Majalah Nona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mendedahkan suami dan anak perempuannya telah disahkan positif Covid-19 bulan lalu namun bersyukur kerana mereka sudah pun pulih sepenuhnya.
Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta menambah, dia dan dua anak lelakinya negatif virus berkenaan.
“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya sepatutnya menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya tawaran tersebut terpaksa ditolak.
“Suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.
“Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Alhamdulillah mereka kini sudah pulih sepenuhnya,” kata Che Ta.
Che Ta reda dengan ujian yang menimpa dan mengakui ibunya turut positif Covid-19, termasuk beberapa adik-beradiknya beberapa bulan lalu.
“Tapi apa daya kita nak menghalang semua ini daripada terjadi. Walaupun suami sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat itu takkan menyerang. Virus ini memang ada di sekeliling kita.
“Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda. Kadang-kadang sejauh mana kita berhati-hati pun, nak jadi… jadi juga,” katanya lagi.
Lalu, beberapa perancangan turut terjejas termasuk sambutan ulang tahun kelapan perkahwinan, yang mana mereka sepatutnya bercuti ke sebuah pulau peranginan dalam negara.
Namun, mengenang situasi semasa, pasangan selebriti ini sepakat menganjurkan majlis secara sederhana tetapi meriah di sebuah lokasi di ibu kota, baru-baru ini.
“Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu. Kami patut pulang daripada percutian sehari sebelum ulang tahun perkahwinan kelapan pada 11 Disember lalu.
“Cuma majlis kali ini memang cukup sederhana kerana situasi semasa pandemik. Tapi tetap nak rasai mood jadi pengantin dengan mengenakan gaun rona putih.
“Tahun ini sempat juga melaram dengan baju songket rekaan Man Kajang untuk sesi fotografi. Tahun lalu kalau ada yang masih ingat songket berwarna hijau rekaan pereka fesyen sama jadi pilihan.
“Masa itu, fotografi dibuat di Pulau Langkawi dalam suasana kenduri dan persandingan ala kampung. Sampai siap diarak dengan paluan kompang. Zain pun mengenakan bertanjak dan berkeris,” katanya yang turut mengenang momen indah perkahwinannya.
“Pejam… celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh ‘manja’ dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah.
“Pandemik ini juga menguji, tapi baik saya dan suami cuba mengharunginya sebaik mungkin. Pernah ada ketika saya terguris hati dan sentap dengan suami, dia datang buat kejutan bawa jambangan bunga ketika saya menjalani penggambaran di Kedah.
“Pendek kata pada fasa sekarang memang kena kuat bertahan dan bertolak ansur,” katanya yang turut bersetuju mengenai sisi kebahagiaan atau kesengsaraan itu tak perlu dipamer di media sosial.
Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tujuh tahun.
Pelakon drama Tahyul ini turut mempunyai dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida baru-baru ini sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik iklan mencari pekerja sebagai mengisi posisi pembantu peribadi menerusi Instagram miliknya.
Dalam entri sama, Vida yang pernah muncul dengan single I Am Me itu turut memberikan beberapa butiran mengenai perkara berkaitan, lengkap dengan gaji sebanyak RM10,000 sebulan.
“Wajib handsome. Untuk perempuan ada jawatan lain ya,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Lalu, perkongsian tersebut pantas menerima reaksi ramai, yang mahu mencuba nasib dan tidak kurang ada yang mengusik dengan meninggalkan komen berbaur jenaka.
Ini termasuk rakan artis yang juga usahawan shuib yang secara seloroh turut menawarkan diri.
Bagaimanapun, respon yang diberikan Vida turut mencuit hati ramai.
“Saya nak jadi PA Dato Seri boleh?,” tanya Shuib.
“Awak apply jadi calon lain la,” jawab spontan Vida.
Komen berkenaan mendapat ribuan tanda suka dan ada yang memberikan respon lain pada komen tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.
“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!,” tulisnya.
Elyana pada masa sama turut bersyukur kerana doa dimakbulkan Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.
“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love u Ya Allah…,” tulisnya.
Perkongsian terkininya itu menjadi berita menggembirakan buat para peminatnya dan rata-rata turut mengucapkan alhamdulillah atas perkembangan positif itu.
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan menghidap kenser Limfoma tahap empat pada 2017.
Elyana dan suaminya, Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadani yang kini berusia 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...