Pennywise ‘Hidup Semula’ & Bakal Hantui Kuala Lumpur? IT: Welcome To Derry Buka Gerbang Mimpi Ngeri!

Setelah sekian lama menghantui bandar Derry, Maine, badut ikonik penuh misteri, Pennywise kini dikhabarkan bakal ‘berpindah’ ke Kuala Lumpur!

Difahamkan, kelibat menyeramkan itu sudah mula membuat onar dan mengganggu ketenteraman awam, sekali gus menimbulkan rasa takut dalam kalangan orang ramai serta merencatkan urusan harian mereka.

Kini jadi buah mulut di media sosial, Pennywise dijangka akan membuat kemunculan di acara tayangan perdana episod pertama IT: Welcome To Derry yang dijadualkan berlangsung di TGV KLCC pada 8 November ini bermula jam 6 petang sehingga 10 malam.

Acara dengan kerjasama Astro One dan HBO Max itu juga bakal menghimpunkan tetamu istimewa serta pempengaruh media sosial bagi merasai sendiri suasana ‘Derry Horror’ yang bakal dibawa ke tengah-tengah ibu kota.

Lebih mengujakan, pelanggan setia Astro juga berpeluang memenangi pass eksklusif untuk menghadiri acara tersebut dan menjadi antara yang pertama menonton tayangan perdana IT: Welcome To Derry.

Pass eksklusif IT: Welcome To Derry boleh ditebus menerusi aplikasi My Astro

Rahsia Gelap Derry Terungkai…

Kekal ikonik, Pennywise kembali menghantui dunia hiburan apabila universe filem IT kini diteruskan dengan siri baharu berjudul IT: Welcome To Derry yang akan mula ditayangkan di HBO Max bermula 26 Oktober depan.

Siri prekuel ini membawa penonton mengembara ke bandar misteri Derry, Maine pada tahun 1962, beberapa dekad sebelum kisah Losers’ Club dalam dua filem terdahulu.

Kali ini, penonton bakal menyaksikan rahsia gelap di sebalik bandar kecil itu terungkai satu demi satu, dengan Pennywise kembali beraksi dalam versi yang lebih kejam, sadis dan menggugat emosi.

Pennywise ‘Hidup Semula’ & Bakal Hantui Kuala Lumpur? IT: Welcome To Derry Buka Gerbang Mimpi Ngeri!

Bill Skarsgård kembali membawakan watak ikonik Pennywise selepas kali terakhir muncul dalam IT: Chapter Two (2019).

Turut membintangi siri ini ialah Taylour Paige, Jovan Adepo, dan Chris Chalk.

IT: Welcome To Derry digarap dengan penceritaan yang lebih mendalam mengenai asal-usul Pennywise, selain memperlihatkan bagaimana kejahatan mula berakar di dalam komuniti bandar itu.

Jadi, buat peminat karya Stephen King dan pencinta genre seram, inilah masanya untuk kembali ke Derry, tempat di mana setiap ‘ketawa badut mungkin menjadi tangisan terakhir anda’!

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial KU SEMANGAT! Terkejut min tadi. Tengah excited nak tengok series baharu, satu hall kena ganggu dengan kehadiran Pennywise. Betullah khabar angin yang viral tu, Pennywise memang nak buat kacau di Kuala Lumpur, hari ini. Nasib baik tiada apa yang berlaku. Terima kasih kepada detektif yang membantu! Btw guys, series terbaharu, IT: Welcome To Derry kini sudah boleh mula ditonton menerusi aplikasi HBO Max. #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.