Ads

Penglihatan Semakin Merosot, Pelakon James Bond Kini Tidak Boleh Berjalan Sendiri 

Di ambang ulang tahun kelahirannya yang ke-91, aktres legenda Britain, Dame Judi Dench, tampil berkongsi keadaan kesihatan terkini yang menyentuh perasaan ramai apabila mengakui masalah penglihatannya semakin merosot sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Judi, yang sekian lama bergelut dengan penyakit age-related macular degeneration, mendedahkan beliau kini tidak lagi mampu membaca, menonton televisyen mahupun mengenali wajah individu di sekelilingnya.

Lapor New York Post, pengakuan itu dibuat dalam satu temu bual terbaharu beliau menerusi saluran ITV bersama rakan karibnya, Sir Ian McKellen, yang menggambarkan betapa getirnya keadaan dialami kini..

Ads

Menurutnya, rutin mudah yang dahulu menjadi sebahagian hidupnya seperti membaca skrip, meneliti nota lakonan atau sekadar menikmati siaran televisyen kini tidak lagi dapat dilakukan. Beliau hanya mampu mengenal pasti bentuk dan bayang, itu pun sekadar pada individu yang amat dikenali.

Keadaan tersebut menyebabkan Judi banyak bergantung kepada bantuan rakan dan keluarga untuk bergerak, termasuk apabila keluar rumah. Beliau mengakui tidak lagi ke mana-mana secara bersendirian atas faktor keselamatan.

Ads

Walaupun berdepan cabaran besar, pemenang anugerah Oscar bagi kategori Peakon Wanita Terbaik menerusi filem Shakespear in Love pada tahun 1998 ini tetap mengekalkan ketenangan dan ketabahan yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya sejak awal karier.

Sekadar info, Judi sebelum ini menggunakan teknik hafalan dan bantuan pembacaan audio untuk meneruskan kerja lakonan, namun keadaan kesihatan yang kian merosot memaksanya memperlahankan langkah dalam dunia hiburan.

Ads

Dame Judi Dench merupakan antara aktres paling disegani di dunia, peranan sebagai M dalam francais filem terkenal, James Bond antara watak berpengaruh lakonannya sepanjang lebih enam dekad dalam dunia seni.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.