Gara-gara terlebih kreatif, Datuk Dr Fazley Yaakob dihentam teruk oleh sesetengah netizen yang dikatakan agak ‘berlebihan’ apabila menyajikan pencuci mulut.
Dekorasi di atas ala-ala ‘shell out’ ini merupakan servis istimewa yang dihidangkan dari Suka Surce Bistro di panggil Sweet Table.
Wei serius ah ada kedai dalam Malaysia boleh celebrate birthday macam ni? Power betul pic.twitter.com/BGSV7qZyxF
— Sid Razali ฏ๎๎๎๎๎๎๎ (@sidchan) January 31, 2018
Tindakan seorang netizen yang berkongsi keterujaannya melihat servis yang diberikan oleh restoran milik Fazley, telah membuatkan ramai yang turut memuji kreativiti juara Master Chef Selebriti Malaysia ini.
Namun, ada juga yang kurang bersetuju dan menganggap perbuatan itu seperti satu penghinaan dalam dunia kulinari.
Salah seorang chef turut mengkritik gaya ‘shell out’ dan piping skill yang digunakan Falzey terlalu keanak-anakan dan penggunaan warna terlalu menghambarkan.
Serius lah? Dah lah Dr pelsu jd chef pun segera, lepastu hina dessert dgn buat gaya shellout dgn piping skill mcm budak 10 tahun. Warna pun main hambur aje. Eh penghinaan utk culinary world. Please dont simply do this shit hanya sbb awak pemenang master chef celebrity. https://t.co/0FHAsSpJ4j
— Chef Jen. (@Jendulism__) February 2, 2018
Bagaimanapun, melalui akaun Twitternya, Fazley memberitahu tidak perlu bergaduh-gaduh sekirannya ingin merasakan hasil air tangannya boleh singgah ke kedainya dan sekiranya tidak block sahaja dirinya.
Malah, Fazley akui seronok membaca komen-komen haters dan suppotersnya untuk pakej istimewa #Sweettable kerana terserlah hati budi masing-masing.
Seronok membaca komen2 haters and supporters untuk #Sweettable saya. Terserlah juga hati hangus sesetengah pakar masakan dan terserlah juga kepandaian mereka yang betul2 buat research. Tak perlu gaduh2, nak rasa makanan saya jemput datang, tak suka block je saya ok? ?
— Dato’ Fazley Yaakob (@FazleyYaakob) February 3, 2018
Tambah lagi, Fazley kelihatan sungguh tenang dengan menjawab beberapa tweet netizen dan berkata dirinya sangat terbuka menerima kritikan dan tidak mengharapkan apa-apa pujian.
Eh setiap hasil kerja saya adalah terbuka untuk di kritik, takkan nak hidup dengan pujian semata2. Terima kasih banyak2 ya! Saya pun x pandai nak membenci https://t.co/Wa14EYOumW
— Dato’ Fazley Yaakob (@FazleyYaakob) February 4, 2018
Bagi MH sebenarnya, benda-benda kreativiti ini terlalu subjektif. Mungkin pada mata kita biasa, tetapi di mata sesetengah pihak itu yang terbaik, tak begitu?
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI