Pengaruh seorang Cristiano Ronaldo! Itu yang dirasai kelab baharu Ronaldo, Al Nassr apabila pengikut laman Instagram rasmi kelab itu, @alnassr_fc naik mendadak sebaik mereka mengumumkan kedatangan pemain kelahiran Portugal itu ke liga Arab Saudi.
Meninjau profil Instagram kelab itu, setakat ini mereka sudah berjaya mengumpul lebih 3.7 juta pengikut.
Sebelum ini, jumlah pengikut Instagram Al Nassr berada pada angka 860,000.
Terdahulu, Ronaldo, 37, dilaporkan bersetuju dengan tawaran kontrak mega bernilai £172.9 juta (RM922 juta) setahun dengan kelab Al Nassr di Arab Saudi.
“Saya tidak sabar untuk beraksi dalam liga bola sepak baharu di negara lain.
Ads
“Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan saya yang baharu dan bersama-sama mereka membantu kelab untuk mencapai kejayaan,” kata bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu.
Menurut media Sepanyol, Marca, Ronaldo dilaporkan bersetuju dengan kontrak dua tahun setengah dengan Al Nassr dan dijangka beraksi sehingga berusia 40 tahun.
Ads
Al Nassr merupakan antara kelab paling berjaya di Arab Saudi dengan sembilan kali muncul juara liga negara itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rizman Ruzaini di bawah kelolaan dua pereka fesyen iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil sekali lagi muncul dengan koleksi terbaharu mereka.
Kali ini, RR Cruise memenuhi kalender koleksi keluaran jenama fesyen ini untuk kali kedua dan terbaharu, Pengarah Kreatif RR, Yana Baharudin menjadi tulang belakang utama dalam cetusan idea koleksi berkenaan.
Mengenengahkan warna-warna yang berani dan menyerlah, RR Cruise tahun ini bakal mencipta fenomena tersendiri.
“RR Cruise adalah koleksi wajib yang akan terus kami lancarkan bersempena dengan musim percutian.
“Pada pengamatan saya, menjadi satu kebiasaan apabila kita keluar bercuti terutamanya ke lokasi kepulauan atau pantai, kita berkehendakkan baju serta aksesori fesyen yang menarik selain selesa.
“Koleksi RR Cruise adalah jawapan kepada semua itu. Kami mahu peminat jenama RR muncul berbeza dalam khalayak, justeru dengan penggunaan warna yang lebih berani serta rekaan yang segar, RR Cruise wajar menjadi helaian pilihan anda ketika bercuti.
“Jika dilihat pada hari ini, kami turut menjemput ramai selebriti yang tidak hanya hadir sebagai tetamu, malah turut menggayakan koleksi RR Cruise.
“Ini secara tidak langsung dapat memberi idea dan keberanian kepada peminat jenama RR sendiri untuk mencuba koleksi ini yang kelihatan lebih bold dan menyerlah,” kata Rizman.
Sama seperti koleksi RR yang lain, Ruzaini pula menjelaskan adalah menjadi fokus utama mereka dalam menyediakan rekaan yang menarik dan mampu milik.
“Seperti yang kita tahu, RR adalah jenama fesyen yang cuba kami tampilkan sebagai koleksi lengkap.
“Bermakna di bawah RR bukan hanya ada pakaian sahaja tetapi turut dilengkapi aksesori fesyen lain termasuk tudung, beg tangan dan pelbagai lagi.
“Ini dapat menyakinkan mereka di luar sana untuk terus memilih RR sebagai satu jenama yang unggul dengan kualiti dan rekaan yang sentiasa relevan.
“Elemen inilah yang menjadi teras di RR, di samping menawarkan harga yang bagi saya berpatutan dengan apa yang kami tawarkan sebagai jenama fesyen lokal yang eksklusif,” tambahnya.
Sementara itu, pembukaan Butik RR Flagship Store di Four Seasons Place, Kuala Lumpur juga bakal merancakkan lagi jualan produk RR untuk pembelian secara langsung meski secara dalam talian masih difokuskan.
“Semua produk RR termasuk koleksi RR Cruise akan dijual melalui rizmanruzaini.my. Lebih mudah untuk mereka yang suka membeli-belah secara atas talian.
Sebelum ini juga terutamanya sewaktu pandemik medium ini menjadi nadi utama perniagaan RR.
“Bagaimanpun, kami sentiasa mendengar dan akan membuat pembaharuan dalam urusan perniagaan demi memberikan keselesaan kepada pelanggan.
“Justeru, RR Flagship Store adalah jawapan kepada mereka yang lebih cenderung kepada butik fizikal. Paling penting di RR, kami akan akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tidak kira secara atas talian mahupun di butik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mendirikan rumah tangga, pemain Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid, 25, difahamkan bakal terbang ke Bangkok, Thailand untuk mewakili kelab Ratchaburi FC selepas ini.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana seperti yang dilaporkan portal antarabangsa, Main Stand International.
“Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan.
“Safawi akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami,” katanya seperti yang dipetik.
Kelab bola sepak yang beraksi di Thai League 1 itu dilaporkan sudah menandatangani pemain JDT itu pada jendela perpindahan kedua musim 2022/23 baru-baru ini.
Difahamkan kontrak Safawi bersama JDT tamat pada November lalu.
Suami kepada pelakon dan pempengaruh, Syifa Melvin itu dijadualkan mula beraksi dnegan kelab baharunya itu pada Januari depan.
Terdahulu, Safawi dan Syifa selamat diijabkabulkan pada 28 November lalu di Hotel Hilton, Petaling Jaya selepas tiga tahun menyulam cinta.
Pasangan mempelai itu turut diraikan dalam majlis menyambut menantu yang diadakan di kampung halaman Safawi di Dungun, Terengganu pada semalam (Sabtu).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Amyza Aznan mendedahkan drama lakonannya yang berjudul Rindu Kasih sememangnya memberi impak terhadap dirinya meskipun sebagai seorang pemeran watak.
Menurut Amyza, dia sendiri tidak dapat membayang perasaan para banduan sebenar yang terpaksa mengharungi dugaan berat ini di dunia nyata.
“Ya Allah. Saya sendiri berlakon, saya sendiri meraung tengok drama ni. Saya tak dapat bayangkan bagaimana banduan-banduan yang melalui fasa ini di dalam realiti. Aku tak tahan,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Amyza menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya ini turut menyeru kepada semua pihak untuk berhenti memberikan persepsi buruk terhadap para banduan yang cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Nota kaki, tiada siapa dilahirkan ingin menjadi banduan. Kita hanya manusia lemah yang diuji oleh Allah SWT kerana sayang dan kasih pada hambanya. Jangan pandang hina. Jangan menghukum ujian mereka,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti kagum selain turut memuji kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Amyza di dalam drama ini.
“Kakak berlakon memang neutral. Menjadi sungguh. Hebat kak.
“Kak Amyza, saya menangis tengok drama ini. Meraung sorang-sorang. Menghayati setiap skrip dan jalan cerita.
“Setiap kali tengok cerita ini, saya menangis sungguh kak.
“Biasa dia berlakon kita gelak-gelak, sekali dia berlakon cerita macam ni. Kita pun ikut berderai.
“Artis yang betul-betul berbakat dan versatil. Melawak boleh dan menghayati pelbagai watak pun boleh,” antara komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, drama Rindu Kasih menceritakan tentang kisah seorang anak perempuan yang mendambakan kasih sayang daripada ibunya yang kini sedang dipenjarakan.
Selain Amyza, drama sarat emosi ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlinah Ahmad Daud dan ramai lagi.
Rindu Kasih ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga kami, jam 10 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amyza Aznan & TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.