Categories: Uncategorized

“Pengalaman Tak Boleh Lupa – Raya Marsha Di Tahun Ketiga Sebagai Saudara Baru

Share

Dalam tidak sedar, kita sudah pun hampir ke penghujung ramadan dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, lagi beberapa saja hari.

Pastinya ramai yang masih lagi sibuk untuk membuat segala persiapan disaat akhir dan ada yang sudah pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sudah melalui pengalaman berpuasa sebulan dan menyambut Aidilfitri, Marsha Milan, yang juga saudara baharu tidak lepaskan peluang untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Tahun ini merupakan tahun ketiga dia menyambut Aidilfitri bersama suami dan mengakui sangat teruja untuk pulang ke kampung.

Kongsinya kepada MH, pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah selepas dia berkahwin dan menjadi mualaf.

“Tahun ini saya akan beraya di Pulau Pinang, dan ini merupakan tahun ketiga saya menyambut Aidilfitri dan sebagai mualaf,”

 

“Pengalaman yang tak boleh dilupakan adalah selepas berkahwin, jadi perasaan tu lebih teruja, sebab sebelum ni join kawan berbuka puasa jadi tak tahu macam mana perasaan berpuasa tu, bila nak memeluk agama islam ni, perasaan tu ekstra “special” dan sangat seronok,” katanya lagi.

Wah!! Lepasni Marsha dan suami tak perlu lagi nak bergaduh untuk balik camping kan…?

IKLAN