Penyanyi meningkat naik, Umairah mencipta sensasi apabila muncul selaku pemenang bagi kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
Menurut Umairah, dia menyifatkan kemenangan tersebut sebagai momen terindah di dalam hidupnya sepanjang 14 tahun.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya. Di usia 14 tahun ini, ini pengalaman paling indah.
“Saya tak terfikir pun akan menang anugerah ini,” katanya kepada MH.
Ads
Anak kepada penyanyi, Siti Sairah itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media ABP37 yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur.
Syukur Rezeki
Ads
Dalam masa sama, Umairah turut tidak menyangka dirinya bakal memecahkan rekod yang dipegang oleh ibu saudaranya yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pemenang termuda dalam sejarah Anugerah Bintang Paling Popular.
Ads
“Saya pun tak percaya yang saya akan memecahkan rekod Siti Nurhaliza sebagai pemenang termuda. Sejak kecil saya selalu tonton ibu saudara saya menang anugerah.
“Saya pernah bercakap dengan nenek yang satu hari nanti, saya juga nak memang anugerah seperti itu. Kata nenek, saya perlu bekerja keras sama seperti Mak Iti,” katanya yang bersyukur atas rezeki.
Dalam kategori Artis Baharu Popular, Umai mengetepikan sembilan pencabar lain iaitu Aqeesh Aleeya, Arabella Ellen, Arena Wan, Auni Yusri, Marygrace, Qila Shahirah, Qistina Rania, Saidah Kamarudin dan Wanie Ooi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menyambut baik hasrat untuk bekerjasama, penyanyi dan pengacara, Mawi mengakui dia terbuka untuk berduet dengan pendatang baharu, Ehmad Hadie Elfardie.
Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, dia juga tidak ada sebarang halangan untuk bergandingan dengan anak kepada penyanyi Ina Naim itu, selagi projek yang dijalankan sesuai dengan kekuatan vokal mereka berdua.
“Saya okay sahaja dan tiada masalah nak berduet dengan Hadie. Jika sesuai, apa salahnya tapi kita kena tengok pada ‘barang’ atau lagu itu sendiri,” katanya kepada MH.
Dalam masa sama, penyanyi Aduh Saliha itu juga mengikuti perkembangan Hadie dan beberapa bakat baharu lain ketika mereka bertanding dalam program Talk To My Manager (TTMM).
“Saya tahu Hadie kini merupakan penyanyi yang baru nak menapak di dalam dunia seni. Saya tidak menonton sangat program TTMM tapi anak saya ada menonton.
“Jadi, dia adalah cerita dan bagitahu saya tentang program tersebut. Saya pun tahulah serba sedikit,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Mawi turut menitipkan pesanan khusus buat bakat-bakat baharu agar memanfaatkan platform hiburan untuk menyampaikan mesej positif, bukan sekadar mengejar glamor.
“Bakat di dalam industri hiburan ini ada fasa datang dan pergi. Program seperti TTMM sangat bagus kerana ia melahirkan bakat dan pelapis-pelapis baharu.
“Saya pun tak sangka yang saya kini sudah pun 20 tahun berada di dalam industri seni. Kita kena tahu tujuan sebenar kita masuk ke dalam industri hiburan ini.
“Adakah kita hanya ingin mencari glamor semata atau mahu menyampaikan sesuatu mesej. Sebenarnya, penyanyi ini mempunyai satu tugas yang sangat besar terutamanya dalam penyampaian lagu.
“Setiap lagu itu ada mesejnya. Jadi, kita ini secara tidak langsung menjadi penyampai. Itulah matlamat betul. Populariti pun perlu juga. Kalau tak popular, siapa nak dengar lagu kita? Bakat dan popular perlu seiring,” akhirinya.
Sebelum ini, media melaporkan keterbukaan Hadie apabila berkongsi mengenai peluang berduet bersama Mawi pada masa akan datang.
Malah Mawi baru-baru ini turut berkongsi sepotong video yang memaparkan pertemuan mereka berdua di sebuah acara, sekali gus berkongsi mengenai idea untuk merakam lagu bersama.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Malam Kancil Awards 2025 bukan sekadar sebuah acara anugerah; ia adalah simbol evolusi besar dalam landskap kreatif Malaysia. Di tengah-tengah momentum ini, Astro tampil sebagai peneraju, menghidupkan festival dengan perspektif budaya yang segar, storytelling yang semakin sinematik, dan deretan kemenangan yang membuktikan satu perkara: kreativiti tempatan kini bukan sahaja relevan, tetapi sedang mendominasi pentas dunia.
Storytelling Yang Menyentuh Jiwa Penonton
Namun sorotan sebenar malam itu jatuh pada kemenangan Astro yang mencerminkan kematangan naratif Malaysia. Dalam kategori Entertainment Kancils (Fiction & Non-Fiction Film), Lain Macamnya Raya – Astro Raya 2025 membawa pulang Silver, manakala Tempat Letak Harmoni – Astro Merdeka memenangi Bronze. Kemenangan-kemenangan ini bukan sekadar pengiktirafan teknikal, tetapi tanda bahawa storytelling bila mana dibuat dengan jiwa dan budaya mampu melangkaui format dan menjadi memori kolektif.
Astro One & Lain Macamnya Raya Terus Kukuhkan Dominasi Dalam Branded Content!
Momentum itu diteruskan dalam Film & Branded Content Kancils, di mana Astro One – Semua Show Best Best Ada meraih Bronze untuk kategori Film (Broadcast & Cinema), disusuli lagi Bronze melalui platform Online. Lain Macamnya Raya – Astro Raya 2025 juga mempamerkan kehebatan konsisten apabila turut meraih Bronze dalam kedua-dua kategori tersebut, membuktikan bahawa kempen raya itu benar-benar menangkap emosi penonton di mana-mana platform ia ditayangkan.
Keberanian Astro Terokai Dimensi Kreatif Baharu
Dalam dunia craft pula, Astro terus menunjukkan ketelitian dan seni dimana Lain Macamnya Raya – Astro Raya 2025 sekali lagi mencuri perhatian apabila filem arahannya menerima Bronze, muziknya turut menerima Bronze, dan penulisan skrip Bahasa Melayu yang menjadi tunjang emosi turut menerima Bronze. Hebat kan! Ia satu pengiktirafan besar kepada pembikin tempatan yang semakin memperhalusi kualiti storytelling Malaysia.
Di arena outdoor, Astro Originals One Cent Thief 2 membawa pulang Bronze untuk kategori Best Use of Live Advertising Events, menandakan keberanian Astro meneroka format aktivasi yang lebih imersif dan interaktif. Inisiatif pemasaran dan promosi yang dijalankan di Bukit Bintang, dengan gandingan pelakon Syafiq Kyle serta aksi stunt berani, berjaya menetapkan standard baharu bagi promosi kandungan tempatan yang premium, setanding dengan kandungan antarabangsa.
Dalam Entertainment Kancils (Music), karya sooka Giler pula diangkat dengan Bronze untuk penggunaan komposisi asal, satu testimoni bahawa muzik kini memainkan peranan besar dalam menghidupkan identiti kandungan.
Tidak ketinggalan, Klinik Pontianak juga memenangi Bronze untuk Best Use of Cultural Insights di dalam Brand Experience & Activation, sekali lagi menegaskan bahawa budaya walaupun dalam genre seram namun mampu menjadi asas naratif yang kuat apabila diolah dengan jujur dan kreatif.
Lebih Mendalam & Lebih Berani
Kemenangan ini bukan sekadar deretan trofi , ia adalah bukti transformasi dan penanda aras baharu dalam strategi pemasaran Astro serta evolusi Storytelling Malaysia. Kini, kita tampil lebih berani, lebih autentik, lebih bergaya, dan lebih terhubung dengan identiti budaya kita. Astro bukan sekadar meraih kemenangan; kami membuktikan bahawa kandungan berasaskan budaya mampu merevolusikan cara kita melihat pemasaran dan iklan, hiburan, dan naratif karya tempatan.
Dan yang lebih menarik? Ini baru permulaan. Dari bisikan dalam kalangan peminat industri, Astro kini sedang menuju fasa seterusnya dalam kolaborasi berskala lebih besar, integrasi budaya yang lebih mendalam, dan percubaan format kreatif yang semakin dekat dengan standard global kearah “Future looks bold, cinematic, and undeniably Malaysian” serta strategi pemasaran yang kehadapan dan lebih berani.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.
Menurut Syafinaz, komen yang dilontarkan sebenarnya bertujuan untuk memuji persembahan Nubhan yang berjaya menyampaikan emosi lagu tersebut dengan baik dan berkesan.
“Bila saya menyentuh mengenai sesuatu perkara, saya bukan bercakap kerana nak menghina atau suka-suka. Sudah banyak kali saya perkatakan, bila kita menyanyi, kita cuba untuk menghubungkan kisah kita dengan penceritaan lagu.
“Faktor itu akan memberikan kita ‘nyawa’ ketika menyanyi. Ia seolah-olah kita yang bercerita tentang diri kita sendiri.
“Saya sebenarnya ingin memberikan pujian kepada Nubhan kerana dia dapat menyampaikan lagu itu dengan baik.
“Emosi dia bercantum dengan lagu itu. Sebab itu saya bertanya adakah persembahan ini berkait rapat dengan kisah sebenar. Saya rasa pertanyaan saya itu bukanlah satu masalah,” katanya kepada MH.
Syafinaz berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir konsert minggu ketujuh GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Dalam masa sama, Syafinaz turut menyeru semua pihak agar tidak terlalu sensitif dan lebih bersedia untuk berdepan dengan realiti kehidupan sebenar.
“Pada saya, manusia zaman sekarang janganlah terlalu sensitif. Jika kita terlalu sensitif, kita akan jadi ‘strawberry’ seperti anak-anak muda di zaman sekarang.
“Hidup ini memang sukar. Anda memang perlu berdepan dengan realiti. Selagi kita merasakan semua benda tak boleh dan tak betul, memang susahlah kita nak hidup.
“Saya sudah hidup selama 52 tahun. Macam-macam perkara yang sudah saya lalui. Jika saya merasakan setiap komen itu negatif, menjatuhkan atau memalukan, memang agak susah untuk kita bekerja,” kongsinya lagi.
Penyanyi lagu Ingin Bersamamu ini turut menegaskan setiap komen atau input yang diberikan para juri adalah ilmu berharga yang boleh dimanfaatkan oleh para peserta.
“Jika saya berikan pandangan, saya akan selitkan sekali dengan nasihat dan input untuk memperbaiki persembahan pada masa yang sama.
“Segalanya berbalik kepada setiap peserta sama ada dia ingin menerima atau tidak. Matlamat utama saya adalah untuk memastikan penyanyi itu berada di dalam keadaan paling selesa untuk menghasilkan suara yang terbaik.
“Saya hanya kongsikan ilmu yang saya miliki. Pada akhirnya, yang dapat manfaat itu adalah peserta itu sendiri. Juri hanya berikan maklum balas dan aura positif. Saya tahu betapa sukarnya bertanding di program seperti ini.
“Bila saya memberikan sesuatu ilmu, penyanyi itu dikira bertuah. Ilmu dan muzik adalah sangat mahal,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menasihati orang ramai supaya lebih berpada-pada ketika memberikan kritikan terhadap makanan yang dijual oleh peniaga, khususnya sepanjang bulan Ramadan.