Penyanyi dan penyampai radio, Mawi meluahkan rasa gembira kerana menjadi sebahagian daripada keluarga radio Zayan sehingga tidak menyangka penglibatannya itu sudah setahun.

Katanya, dia sudah lama bercita-cita untuk menjadi seorang deejay kerana itulah pekerjaan yang pernah dilakukannya sebelum bergelar penyanyi.

“Saya sebenarnya tak nak jadi penyanyi kerana saya ingin menjadi penyampai radio dari dulu lagi. Doa saya selepas 12 tahun akhirnya Allah makbulkan apabila Zayan melamar saya.

“Hala tuju radio ini juga kena dengan jiwa saya dan kerana itu saya tidak rasa seperti saya sudah berkerja selama setahun di sini,” katanya ketika ditemui di Majlis Ulang Tahun Radio Zayan yang pertama di Nu-In Cafe, Bandar Baru Bangi.

Tambah Mawi, pengalamannya menjadi deejay pasar raya dan majlis perkahwinan sebelum ini banyak membantunya memulakan karier sebagai penyampai radio.

IKLAN

“Sejujurnya saya tidak berasa kekok kerana sebelum saya bergelar penyanyi, saya merupakan seorang deejay di pasar raya dan majlis perkahwinan.

“Walaupun konsepnya berbeza, radio Zayan banyak menunjukkan diri saya yang sebenar,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Mawi kini sedang sibuk menerbitkan filem komedi arahannya yang menampilkan barisan pelakon seperti Along Cham, Hazama dan Joey Daud.

IKLAN

IKLAN

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI