Tahun lalu mungkin merupakan tahun yang agak mencabar buat pelakon, Kamal Adli kerana sering dihimpit pelbagai kontroversi.

Penat Dengan Pelbagai Kontroversi, Kamal Adli Tak Mahu Kenangan 2017 Berulang Lagi

Antara yang terbesar tentulah berkaitan dengan kisah percintaannya dengan pelakon cantik manis, Emma Maembong di mana Kamal telah terperangkap dalam kisah ‘cinta tiga segi’ sehingga menjejaskan sedikit hubungan baiknya bersama pelakon Zahira Macwilson

IKLAN

Justeru itu, dengan kehadiran tahun baru 2018 ini, Kamal mengharapkan sinar baru buat dirinya dan ingin meninggalkan semua kontroversi yang tercetus.

“Dah penat tau semua kontroversi ini, tak sanggup nak hadap semua.

“Lebih-lebih lagi ada yang sampai boleh effect karier, saya tak mahulah orang kenal saya sebab kontroversi ni semua.

“Masa kena tu, saya breakdown gila, orang hentam kiri kanan, motor hilang lagi memang rasa give up. Cukuplah,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal turut berkongsi perancangan tahun 2018, menurutnya dia kini ingin fokus pada bidang perniagaannya terlebih dahulu kemudian barulah libatkan diri dalam dunia lakonan.

IKLAN

Kamal turut akui waktunya sangat terhad dan jadualnya juga hampir penuh dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk tahun ini.

“Sekarang saya fokus perniagaan saya, kemudian terlibat dengan lakonan dan juga adalah job sana sini.

IKLAN

“So, jadual saya memang agak penuh untuk tahun 2018 ini.

“Segala kenangan 2017 akan dilupakan dan fokus untuk tahun ini,”katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI