Uncategorized

Penangan Wedding Fattzura, Memey Suhaiza Pun Nak ‘Sweet-Sweet’ Dengan Suami

Share

MH pasti topik yang hangat orang perkatakan hari ini mestilah Majlis Resepsi Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung malam tadi kan? Memang ‘sweet’ betul mereka berdua tu.

Selain itu, MH perasan ramai selebriti hadir ke Majlis tersebut, sekali pandang dan macam malam anugerah pula. Masing-masing ‘vouge’ dengan pakaian mereka. Tidak ketinggalan untuk meraikan pasangan tersebut adalah pelakon Memey Suhaiza dan suami, Norman Hakim.

Dalam pada itu, semestinya orang ramai yang melihat Fattah dan Fazura malam tadi turut terpesona dengan tema ‘Fairytale’ pasangan tersebut.

Berkongsi rasa yang serupa, Memey memuat naik satu video di laman Instagram miliknya.

“Penangan balik Majlis #Fattzura, ‘sweet’ sangat dia orang, kita pun nak ‘sweet-sweet’ jugalah sambil pekena minuman kegemaran.

“Selamat malam semua,” tulisnya.

Alahai, comelnya Memey dan Norman. Apa yang menarik perhatian MH adalah gelagat Norman yang melayan sahaja karenah isterinya itu. ‘gentleman’ habis kot.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji Memey yang kelihatan berseri-seri malam tadi.

Sementara itu, ada juga yang menasihati Memey supaya menjaga makan minum semasa mengandung ini.

Apa-apapun, MH setuju dengan Memey yang pasangan Fattzura memang ‘sweet’ tapi dia pun apa kurangnya juga dengan suami tu kan?

sumber: IG Memey

IKLAN