Uncategorized

Penangan Titian Cinta, Farah Nabilah Semakin Popular

Share

Pastinya ramai yang mengikuti drama hangat, Titian Cinta yang dibintangi aktor kacak, Zul Ariffin dan pelakon baru Farah Nabilah bukan?

Farah yang ditemui sebuah portal online berkata dia amat bersyukur kerana drama bersiri tersebut banyak membantu memperkenalkan namanya di persada seni.

“Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kerana drama tersebut mula membuatkan nama saya dikenali ramai. Saya merasakan sendiri penangan Titian Cinta.

 

“Jika dahulu, saya hanya mempunyai 60,000 pengikut di laman Instagram. Selepas drama tersebut tamat, pengikut saya semakin meningkat dan kini mencecah 370,000.

 

“Saya mahu menggunakan kesempatan ini untuk saya memberikan hasil kerja berkualiti serta bekerja dengan lebih kuat. Semoga perjalanan seni saya semakin lancar dan berkembang, Insya-Allah,” kata Farah.

Farah juga berkata dia juga dia semakin menjaga penampilannya sekiranya keluar dari rumah.

“Sebelum ini, penampilan saya hanya ringkas sahaja. Kadang-kadang sedikit selekeh pun ada juga. Selepas semakin dikenali, saya semakin mengutamakan penampilan. Saya mahu kelihatan lebih kemas jika keluar ke mana-mana,” katanya lagi.

Selepas ini, Farah bakal membintangi filem Adam & Hawa 2 yang bakal bersiaran di saluran Astro.

Dengar cerita Farah akan digandingkan dengan hero Malaya, Aaron Aziz dan Nadiya Nisa. Huish tak sabar rasanya nak tunggu drama yang pernah certuskan fenomena tersendiri ini kembali di kaca televisyen.

Sumber : Astro Gempak

 

IKLAN