Uncategorized

Penangan Sup Bunjut ‘Sihir’ , Sampai Noorkhiriah Kena Buat Video Penjelasan

Share

Kecoh satu Malaysia apabila satu babak di dalam drama Nur melibatkan sup bunjut cetus viral di media sosial.

Hinggakan ada yang mula memanggil sup bunjut sebagai ‘sup bunjut sihir’.

Lalu pelakon yang membuat ‘onar’ dalam babak tersebut, Noorkhiriah turut menerima tempias apabila ramai peminat menghujani laman media sosialnya dengan menulis ‘sup bunjut sihir’.

Malah pelakon tersebut telah memuat naik video di laman instagramnya bagi memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

“Moga dgn penjelasan ni clear dan jomlah kita secara berjemaah move on.

“Marilah sama-sama kita lupakan #supbunjutsihir itu, kerana kita smua telah disihir rupanya.
“#gelaklagi,marilah kita berubah kepada #supbunjutadabi sebeban koi rembat.

“Sah-sah halal disisinya,no sihir mihir. dah lah halal, senang giler laktu, campak buh air,ayam,daging,godei.

“Korang…harap dengan penjelasan kat video atas setel tau, pasal ecah dah terror masak.

“Sihir adalah perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada syaitan dgn bantuannya”. Jauhi sihir,”tulisnya.

 

MH puji dengan inestiatif Noorkhiriah kerana cepat-cepat buat penjelasan. Yalah, yang menonton drama itu pasti ramai juga kanak-kanak kan?

Kita tak mahulah ada yang terpengaruh dan mula berfikir bahawa sihit itu sesuatu yang okay. Apa-apapun, MH terhibur dengan babak tersebut!

Sumber: Instagram Noorkhiriah

IKLAN