Uncategorized

Penangan Jangan Benci Cintaku: “Ada Yang Kongsi Kisah Mereka,” – Zahirah MacWilson

Share

Drama rantaian, Jangan Benci Cintaku yang ketika ini menjadi trending secara tidak langsung membuatkan pelakon utamanya, Zahirah MacWilson dihujani pelbagai pertanyaan netizen, khasnya menerusi media sosial.

Bintang cantik berusia 23 tahun yang mendukung watak Feeqa menerusi drama berkenaan seperti yang dilapor mStar Online memberitahu,, dia seakan menjadi rujukan berkaitan perhubungan meski dirinya belum berumah tangga.

“Saya tak sangka drama itu akan mendapat sambutan dan trending di laman sosial. Ramai yang terkesan dengan watak yang saya bawa. Mereka hantar mesej melalui Instagram untuk tanya pendapat, malah ada yang kongsi kisah mereka yang hampir sama dengan watak yang saya bawakan.

 

“Ini bermakna lakonan saya menjadi. Tapi realitinya, saya seorang yang kuat dan tak rasa boleh jadi macam watak Feeqa dalam dunia sebenar,” ujarnya.

Turut sama beraksi di dalam drama tersebut ialah Zahirah Saharul Ridzwan dan Niena Baharun, bersiaran di TV3 menerusi slot Akasia.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan kerjayanya pula, Zahirah bersyukur dengan penerimaan baik peminat terhadap kerjayanya setakat ini.

“Ini adalah tahun ketiga saya dalam industri. Dulu pada tahun pertama dan kedua, banyak kelemahan lakonan saya. Tapi saya berusaha perbaiki kelemahan-kelemahan lakonan dan kali ini mendapat respon positif.

 

“Mungkin juga sebab saya tidak terikat dengan sebarang hubungan cinta, maka saya lebih fokus dengan kerjaya lakonan dan dapat memberi yang terbaik,” kongsinya kepada media selepas ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan wajah Meeracle di Hotel Le Meridien, di ibu negara.

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

 

IKLAN