Lama rasanya tidak dengar khabar si genit, Ayda Jebat. Baru-baru ini MH Online stalk Instagramnya untuk melihat perkembangan terkini pelakon dan penyanyi lagu Awak Sangat Nakal ini.

Agak terkejut dan tidak sangka rupanya Ayda kini sudah berwajah baru dengan potongan rambut yang agak berbeza daripada sebelumnya.

Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan tindakannya yang memotong rambut depan dan perm untuk kelihatan ikal, ramai juga yang memuji dan geram kerana Ayda kelihatan sangat comel dengan penampilan terbarunya itu.

Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram? Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram? Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram? Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram?

IKLAN

Difahamkan Ayda telah membuat make over sempena drama Dekatkan Jarak Kita karya Syu Ariani yang bakal ditayangkan di Samarinda TV3 tidak lama lagi.

Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram?  Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram?

Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram?

IKLAN

Drama terbitan JS Pictures ini telah menampilkan juga beberapa barisan artis seperti Syafiq Kyle, Nadia Brian, Riena Diana, Catariana Ross dan ramai lagi.

Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram? Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram? Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram?

IKLAN

Sungguh pun masih dalam pengambaran, ramai peminat yang ternanti-nantikan tayangan drama ini dan tidak ketinggalan untuk mula menggunakan hashtag #DekatkanJarakKita di Twitter.

Apa pun MH Online juga suka tengok penampilan baru Ayda yang kelihatan sangat fresh dan muda. Malah kami juga tidak sabar untuk melihat gabungan dua pelakon hebat tanah air iaitu Syafiq Kyle dan Ayda Jebat yang bakal digandingkan di dalam drama ini.

Malah kami juga dapat mengagak sejauh mana penerimaan penonton terhadap drama ini, maklumlah JS Pictures yang terbitkan, tentu hebat!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI