Uncategorized

Peminat Wujudkan Akaun JannaFattah?

Share

Walaupun belum ada sebarang pengesahan tentang drama Coffee Prince, nampaknya peminat Fattah Amin dan Janna Nick sudah tidak sabar-sabar untuk saksikan gandingan mereka berdua.

Mana tidaknya, baru-baru ini sebuah akaun Jannafattah telah diwujudkan untuk tujuan update segala perkembangan terkini drama remake Cofee Prince.

Malah, admin tersebut juga telah kongsikan satu link petisyen untuk mempertahankan Fattah sebagai hero drama ini.

Menariknya, dalam banyak-banyak posting, sebuah Insta video yang telah dirakam oleh Fattah sendiri bertanya soalan kepada Janna Nick membuatkan ramai tertunggu-tunggu apakah jawapannya.

Difahamkan, video yang diperkatakan ini telah dimuat naik oleh Fattah melalui insta stories dan dikongsikan di laman ini kerana ada berkait rapat dengan status mereka sebagai pelakon

“ Hi Janna, kau ke yang belakon Coffee Prince tu?,” Soal Fattah pada Janna.

Dengan keadaan yang cukup santai Janna membalas…

“Buat jelah, jangan nak mengada-ngada. Gediklah! kalau kau tak buat sadakallah je lah,” balas Janna dengan nada berjenaka.

Selain itu video Live Insta Micheal Ang juga turut mendapat perhatian apabila dia telah mengumumkan siapakah barisan pelakon yang terlibat secara ‘verbal’.

Apa pun MH Online tidak kisah siapa sahaja yang bakal membintangi drama ini asalkan jalan ceritanya menarik dan menghiburkan sudah memadai.

Jadi sama-sama kita nantikan update drama yang penuh kontroversi ini.

IKLAN