Uncategorized

Peminat Teruja Shaheizy Sam Tayang Badan Yang Kekar

Share

Pasti ramai yang mengikuti perkembangan aktor kacak, Shaheizy Sam yang memegang watak Insepektor Khai dalam filem blokbuster Polis Evo ini di Instagram.

Sam kini dilihat lebih banyak menghabiskan masa di gym untuk membina otot dan aktiviti kecerdasan.

Menerusi entri terbaru di Instagram miliknya, dilihat figura kacak ini telah memuat naik gambarnya yang berada di gymnasium tanpa memakai baju sedang menayangkan bentuk badan terbarunya di depan sebuah cermin.

Perkongsian ini telah menarik perhatian lebih daripada 41,034 likes. Rata-rata pengikutnya berkata bentuk tubuh Sam yang kelihatan lebih seksi dan sado berbanding sebelum ini.

Difahamkan, usaha perubahan itu dilakukan demi menjayakan watak sebagai Inspektor Khai yang dipegang oleh pelakon ini menerusi filem Polis Evo 2 apabila Sam menulis kapsyen #InspektorKhai #PolisEvo2.

Ruangan komen di Instagram Sam juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 2 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen menjadikan perubahannya sebagai idola.

Sementara itu, selain Sam filem tersebut turut dibintangi oleh pelawak, Zizan Razak sebagai tonggak utama yang turut membuat perubahan bentuk badan.

Polis Evo 2 merupakan sekuel kedua kepada siri pertama, Polis Evo 2015 yang berjaya pecah rekod kutipan box office Malaysia dengan mengaut RM17.3 juta setelah 42 hari di pawagam.

Baru sahaja juga bergelar bapa, pasti Sam juga merasa cukup teruja.Malah, dia juga dilihat sering berkongsi gambar bersama anak lelakinya yang comel, Syeriv Samheizy bersama peminat.

Dalam perkembangan lain, Sam akan tampil dalam filem terbarunya, Pinjamkan Hatiku yang turut dibintangi Ayda Jebat dan Farid Kamil yang akan mula ditayangkan pada 30 November  ini di pawagam seluruh negara.

 

IKLAN