Ads

Peminat Tak Sabar Tengok Sofi Jikan Berlakon Polis Evo

Nampaknya belum lagi ditayangkan filem ini, namun, sudah menjadi sebutan. Manakan tidak, filem pertamanya menjadi salah satu filem yang memecah rekod kutipan box office Malaysia hari ini dengan mengaut RM17.3 juta.

Menerusi entri terbaru milik aktor yang terkenal dengan watak antagonis, Sofi Jikan dilihat dia ada berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di set penggambaran filem lakonan terbarunya iaitu Polis Evo 2.

Shooting #polisevo2 @hairulazreen #anavrinvirus @anavrinmy_official

A post shared by Soffi Jikan Kasi Sengat (@kasisengatbiz) on

Ads

“Set shooting #polisevo2 #pembunuhkejam set #pembunuhsadis #penjahatganas #KASISENGAT,” tulisnya.

Ramai pengikutnya yang seakan sudah tidak sabar untuk menantikan ayat-ayat power yang akan diungkapkan oleh pelakon itu dalam filem terbaharu lakonannya

Diruangan komen ramai yang mengakui tidak sabar untuk menonton lakonannya. Dilihat juga disebelah Sofi Jikan, pelakon, Hairul Azreen yang katanya bakal membintangi filem aksi itu bersama.

Ads

Ada juga yang berkata mungkin aktor itu akan menggunakan ayat yang berbeza daripada sebelum ini. Ditambah lagi dengan kemantapan lakonannya bersama pelakon-pelakon yang lain.

Kemaskini media sosial Sofi Jikan sekali gus mengiyakan dia merupakan bintang gandingan yang bakal beraksi bersama bintang hebat lain seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, primadona Melayu, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Raline Shah.

Ads

Polis Evo 2 bakal menyaksikan sentuhan Joel Soh selaku pengarah yang menggantikan Ghaz Abu Bakar.

Ramai betul pelakon hebat ni, pasti Polis Evo 2 bakal menjadi fenomena sekali lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.