Berikutan penahanan pelakon, Uqasha Senrose oleh pihak polis kerana isu dadah, rata-rata peminat meluahkan kerisauan mereka berkaitan dengan masa depan pelakon tersebut.

Apa taknya, dia kini masih dalam tempoh penggambaran megadrama ‘Rahsia Hati Perempuan’.

Melalui pemerhatian MH di media sosial, ramai peminat meninggalkan komen di Instagram pengarah drama tersebut, Michael Ang mengenai nasib Uqasha.

IKLAN

Peminat Risau Masa Depan Uqasha Dalam Drama – Ini Respon Michael Ang Peminat Risau Masa Depan Uqasha Dalam Drama – Ini Respon Michael Ang

Susulan itu, MH cuba mendapatkan respon Michael mengenai perkara tersebut.

IKLAN

“Setahu, shoot macam biasa aje,” balas Michael secara ringkas kepada MH.

Terdahulu, Uqasha terlibat dalam satu kemalangan menyebabkan dia dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Pemeriksaan menunjukkan bahawa dia memiliki dadah jenis Erimin 5 di dalam tas tangannya.

IKLAN

Peminat Risau Masa Depan Uqasha Dalam Drama – Ini Respon Michael Ang

Bagaimanapun, pelakon drama ‘Hero Seorang Cinderella’ itu dibebaskan malam semalam dengan ikat jamin. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan penahanan tersebut dan disiasat mengikut sekysen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI