
Sejak semalam, nama pelakon popular, Anna Jobling menjadi perhatian susulan pendedahan ibunya, Ariz Arop, yang mendakwa anaknya itu melayaninya dengan tidak baik susulan beberapa perkara.
Malah, Ariz turut mendakwa, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling sanggup menggunakan khidmat peguam untuk menghantar perintah injuksi terhadap dirinya, sebelum ini.

Perkara tersebut nyata mengejutkan ramai pihak memandangkan sebelum ini Anna sering memaparkan hubungan mesra bersama ibunya.
Peminat Doa Yang Terbaik
Hasil tinjauan di Instagram dan TikTok pula mendapati, rata-rata peminat terkejut dengan pendedahan tersebut, selain berharap hubungan Anna dan ibunya dapat dipulihkan segera.

“Anna, saya fans awak sejak Dewi Remaja dulu dan masa awak jadi winner Miss Melaka. Anna, berbaiklah dengan ibu Anna, saya tidak suka artis yang saya minati dihina ramai nitizen. Saya tahu awak ada hati yang sangat baik.”
“Seburuk-buruk apa pun ibumu, dia tetap ibumu yang telah mengorbankan nyawa untuk melahirkan.”
“Apa-apa pun masalah dengan orang tuamu, maafkanlah mereka. Semoga urusan kalian dipermudahkan.”
“Pesanan saya, lelaki, kawan dan teman lelaki akan tinggalkan kita tapi bukan ibu bapa kita. Jangan kita buang mereka. Sejahat mana pun ibu bapa kita, esok kalau kita susah, dia juga yang tolong kita. Ibu bapa sudah tahu dan terima baik buruk kita tapi bukan pasangan kita. Belum tentu boleh terima.”
“Hargailah ibumu. Sejahat atau seburuk mana dia, itulah dia ibu kita yang telah berjuang dan melahirkan kita tanpa ada perasaan takut kehilangan nyawa dia. Lelaki boleh diganti, ibu tidak boleh diganti. Hargailah ibumu kerana doanya buat kita hebat dan berjaya,”, itu antara komen warganet.

Terbaharu, Ariz turut memuat naik video pendek, dipercayai ada kaitan dengan isu yang berlaku di antara mereka, sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




