Uncategorized

Peminat ‘Kantoikan’ Wallpaper Handphone Milik Zizan Razak, Guna Gambar Mira Filzah?

Share

Semalam, Zizan Razak menggantikan Nabil Ahmad sebagai hos program Meletop di samping Neelofa.

Antara tetamu undangan program tersebut adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Izzue Islam.

Dalam pada itu, Zizan juga sempat memuat naik foto bersama Izzah di laman Instagram namun begitu, apa yang menarik perhatian MH adalah komen peminat.

“Kantoi sangat wallpaper tadi, @mfmirafilzah,” tulis peminat tersebut.

Komen tersebut kemudian mendapat perhatian peminat lain yang meminta individu tersebut menjelaskan perkara tersebut.

“Neelofa ada mention tadi, tengok lah Meletop, selepas ‘commercial break’ tapi tak ingat ‘detail’,” jelasnya.

Sejauh mana kebenarannya MH tak pasti kesahihannya. Bagaimanapun, ada salahnya jika dia meletakkan gambar Mira Filzah pun memandangkan masing-masing masih solo.

Foto: Instagram Zizan Razak

IKLAN