Uncategorized

Peminat Jadi ‘Gila’, Ed Sheeran Buat Persembahan Percuma Di ‘Hosier Lane’, Australia

Share

Tarikh 11 Mac tentunya menjadi hari bersejarah buat peminat, Ed Sheeran apabila penyanyi tersebut membuat kejutan dengan muncul untuk melakukan persembahan percuma di ‘Hosier Lane’, Melbourne, Australia.

Penyanyi lagu ‘Perfect’ melakukan perkara spontan tersebut sebagai hadiah buat peminat apabila diumumkan memenangi anugerah, ‘Song Of The Year’ semasa Anugerah Muzik, iHeartRadio, baru-baru ini.

Sebelum memulakan persembahan, Ed sempat memberikan sepatah dua kata ucapan kemenangannya seterusnya mendendangkan lagu ‘Perfect’.

“Maaf, saya tidak dapat ke sana, saya di Melbourne pada ketika ini. Sekarang jam 10.15 pagi dan saya menerima anugerah ini,” ujarnya sebelum memulakan persembahan atas kemenangan single terbaharu ‘Perfect’ itu.

“Terima kasih banyak kepada semua warga iHeart, semua DJ radio, dan semua peminat. Mereka telah menyiapkan tempat ini agar saya dapat membuat persembahan, jadi saya akan teruskan dengan persembahan ini,” katanya.

Dalam pada itu, MH difahamkan, persembahan ‘impromptu’ tersebut hanya diwar-warkan beberapa jam sahaja di media sosial dan tentunya peminat tegar Ed di Melbourne tidak melepaskan peluang tersebut.

Melalui beberapa video yang dikongsikan oleh para peminat, seluruh ‘Hosier Lane’ bergema dengan nyanyian lagu ‘Perfect’ oleh Ed dan ‘sing-along’ oleh para peminat.

Ed berada di Australia kerana menjayakan konsert jelajah, Dividenya. November lalu, penyanyi lagu ‘Shape Of You’ tersebut turut hadir ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat-peminatnya.

Apa-apapun, Tahniah MH ucapkan kepada Ed, dia sememangnya seorang ‘performer’ yang sangat menghargai peminat.

Sumber: Billboard, IG & Twitter

IKLAN