Hari ini, penyanyi Sufian Suhaimi ada berkongsi gambar majlis konvokesyennya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Pencapaian membanggakan itu telah menarik perhatian ramai termasuklah pihak media.

Bagaimanapun, Sufian dilihat sedikit kesal dengan tindakan sebuah akhbar tempatan yang tersilap mengumumkan tahap pengajiannya itu.

Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh Sufian di laman Twitter miliknya.

IKLAN

“Correction: Its Ijazah Sarjana (Master), bukan Ijazah Sarjana Muda. But, thank you,” tulisnya.

Bagaimanapun, Sufian tetap berterima kasih kepada akhbar tersebut kerana telah melaporkan tentang kejayaannya itu.

Namun, teguran penyanyi lagu Di Matamu itu nyata tidak disenangi segelintir pihak yang melabel Sufian seperti berlagak.

IKLAN

“Pembetulan It’s Master, Bukan Ijazah Sarjana Muda,”- Salah Lapor, Sufian Suhaimi Tegur Demi..

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir pihak yang tampil mempertahankan tindakan Sufian dengan menyifatkan tahap pendidikan itu adalah penting kerana ia merupakan hasil usaha mereka sepanjang menghabiskan pengajian di universiti.

IKLAN

“Pembetulan It’s Master, Bukan Ijazah Sarjana Muda,”- Salah Lapor, Sufian Suhaimi Tegur Demi..

“Pembetulan It’s Master, Bukan Ijazah Sarjana Muda,”- Salah Lapor, Sufian Suhaimi Tegur Demi..

Terdahulu, Sufian telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Komunikasi dan Media.

Foto: Twitter Sufian Suhaimi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI