Categories: Uncategorized

Pelayan Fast Food Viral Mirip Gong Yoo

Share

Kini, tular seorang  peminat nyaris dapat serangan jantung kerana terkejut melihat pelakon kacak Korea, Gong Yoo bekerja sebagai juruwang di sebuah restoran makanan segera di Filipina.

Tapi sebenarnya itu bukannya Gong Yoo sebaliknya pekerja restoran itu memilik wajah seakan-akan pelakon drama bersiri Goblin itu.

Wanita yang dikenali sebagai Eriel Pangan Mendoza sempat mengambil gambar pekerja itu dan memuat naik di Facebook miliknya.

Perkongsian tersebut mendapat 38 ribu ‘like’, 3.5 ribu komen dan 24 ribu ‘shares’ menjadikan gambar tersebut menjadi tular di Facebook sehingga mendapat perhatian peminat dari Korea sendiri serta syarikat makanan segera gergasi, KFC.

“Saya terjumpa Goblin dan saya juga dapat melihat pedang di dadanya. Adakah dia bakal suami saya?,” tulisnya mengikut skrip drama popular tersebut.

Tambah Eriel lagi, dia tidak perlu ke Korea Selatan untuk bertemu idolanya itu dan hanya ke restoran makanan segera tersebut.

Malah syarikat lelaki yang dikatakan mirip Gong Yoo bekerja , KFC turut membuat pertandingan mencari pasangan kepada ‘Goblin’ tersebut dengan kapsyen ‘Are you the look-alike bride of our look-alike Goblin?’ dan mendapat ‘likes’ sebanyak 80 ribu

Sumber : Fb Eriel Pangan Mendoza

IKLAN