Uncategorized

Pelakon Watak ‘Mini Me’ Dalam Austin Power, Meninggal Dunia

Share

Pada mereka yang pernah menonton filem Austin Power lakonan Mike Myers tentu akan perasan watak antagonis ‘mini me’ kan?

Walaupun watak tersebut adalah antagonis namun sukar untuk penonton membenci watak tersebut kerana kecomelannya.

Bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa pelakonnya, Verne Troyer, 49 tahun disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Las Vegas, semalam.

Perkara tersebut turut disahkan menerusi sebuah kenyataan di laman Instagram milik pelakon kerdil tersebut.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Verne meninggal dunia hari ini (semalam). Dia merupakan seorang yang sangat penyayang dan sentiasa membuatkan orang ramai senyum, gembira dan tertawa.

“Sesiapa sahaja yang berada di dalam kesusahan, dia akan berikan bantuan. Verne mengharapkan agar dia dapat memberikan perubahan yang positif kepada semua orang dan bekerja keras merealisasikannya.

“Dia memberikan inspirasi terhadap ramai orang dengan sikapnya, dia buktikan kepada semua orang apa yang dia mampu lakukan. Walaupun tubuhnya kecil, dia mampu ‘membuka pintu’ untuk dirinya sendiri,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut juga seakan-akan memberikan ‘hint’ penyakit yang dihadapi Verne sekian lamanya.

“Verne juga adalah seorang ‘fighter’ apabila berdepan dengan cabarannya sendiri, selama beberapa tahun ini, dia sudah beruasaha sebaiknya, ada masa dia menang dan teruskan perjuangan namun kali ini mungkin ia sudah tidak mampu untuk dihadapi lagi.

“Kemurungan dan ‘bunuh diri’ adalah perkara yang serius, anda tidak akan tahu apa yang dialami oleh individu tersebut melainkan dirinya sendiri, berbuat baik pada semua orang dan ketahuilah bahawa ia tidak pernah terlambat untuk meminta pertolongan.

“Mohon supaya orang ramai memberikan privasi buat ahli keluarga Verne untuk berkabung,” tulis kenyataan itu lagi.

Troyer yang hanya berketinggian 81CM turut memegang peranan sebagai Griphook dalam siri Harry Potter sebelum ini.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah ‘The Love Guru’ dan ‘The Imaginarium of Doctor Parnassus’.

sumber: IG Verne Troyer

IKLAN