Categories: Hiburan

Pelakon Terkenal ‘Hawkeye’ Jeremy Renner Nafi Hantar Gambar Lucah Kepada Pengarah

Share

Pelakon terkenal Hollywood, Jeremy Renner menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gangguan seksual yang dikemukakan oleh seorang pengarah wanita, Yi Zhou, sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan bersifat fitnah.

Menurut laporan portal hiburan antarabangsa, Yi Zhou mendakwa bintang siri Hawkeye itu telah menghantar beberapa imej berunsur lucah kepadanya tanpa kerelaan menerusi mesej peribadi sekitar Jun lalu.

Selain itu, Yi Zhou turut mendakwa Renner pernah mengugut akan menghubungi pihak imigresen Amerika Syarikat (ICE) selepas beliau menegur tindakan pelakon berusia 54 tahun itu. Perkara itu dikongsikan oleh pengarah itu dalam satu hantaran Instagram

Renner bagaimanapun menolak dakwaan tersebut dan menegaskan hanya pernah berhubung secara ringkas dengan pengarah berkenaan dalam satu pertemuan yang berlaku secara sukarela pada 12 Julai 2025.

Yi Zhou

BACA JUGA: Bintang Avengers Jeremy Renner Dirawat Di ICU, Alami Kecederaan Serius Ketika Bersihkan Salji

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan peguamnya, Renner menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak benar, keterlaluan serta berunsur fitnah yang serius. Beliau turut menghantar surat cease-and-desist kepada Yi Zhou bagi menuntut agar pengarah terbabit menghentikan penyebaran kenyataan palsu dan tidak berasas terhadap dirinya.

Dalam masa sama, Yi Zhou dilapor turut menghantar surat cease-and-desist balas kepada Renner, mendakwa pelakon itu melakukan verbal abuse dan intimidasi ketika mereka bekerjasama dalam projek dokumentari bertajuk Chronicles of Disney.

Kes berkenaan kini menarik perhatian ramai memandangkan ia berlaku ketika Renner masih dalam proses mengembalikan reputasinya selepas insiden kemalangan snowplow pada awal tahun lalu.

Renner, yang terkenal dengan watak Hawkeye dalam francais Avengers, sebelum ini dipuji kerana kekuatan semangat dan komitmen terhadap kerja selepas pulih daripada kecederaan parah akibat kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada Januari 2023.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

Published by
MFA