Pelakon veteran Korea Selatan, Oh Yeong-su, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan gangguan seksual, akhirnya dilepaskan daripada hukuman tersebut selepas mahkamah rayuan membatalkan sabitan berkenaan.

Mahkamah Rayuan Suwon pada Isnin memutuskan untuk membebaskan aktor berusia 80 tahun itu selepas mendapati bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan sabitan terhadapnya.

Oh sebelum ini disabitkan bersalah oleh mahkamah daerah pada Mac 2024 selepas didakwa memeluk dan mencium seorang wanita tanpa izin ketika terlibat dalam satu jelajah teater pada tahun 2017.

Ads

Ketika itu, beliau dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan dengan penangguhan dua tahun serta diwajibkan menghadiri program pemulihan kekerasan seksual selama 40 jam.

Pelakon ‘Squid Game’ Oh Yeong-su Terlepas Hukuman Penjara, Bukti Dakwaan Tidak Mencukupi
Penampilan Oh Young-su dalam Squid Game

BACA JUGA: Oh Young Soo Menang Pelakon Terbaik Golden Globe 2022, Ogy Ahmad Daud Sifatkan Pelakon Hebat Tak Perlukan Jumlah Followers

Ads

Bagaimanapun, panel hakim dalam keputusan terbaharu menyatakan bahawa keterangan mangsa dan bukti sokongan tidak mencapai tahap meyakinkan bagi membuktikan kesalahan “melampaui keraguan munasabah”, sekali gus memihak kepada pembelaan.

Kes tersebut pernah mencetuskan perhatian antarabangsa kerana Oh merupakan pelakon watak “Old Man” atau Oh Il-nam dalam siri popular Netflix, Squid Game, yang melonjakkan namanya ke pentas global dan melayakkannya menang Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon pembantu Lelaki Terbaik.

Ads

Dengan keputusan baharu itu, Oh kini dibebaskan sepenuhnya daripada sebarang hukuman penjara. Namun, pihak pendakwa masih mempunyai hak untuk memfailkan rayuan terakhir ke Mahkamah Agung Korea Selatan.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads