Categories: Hiburan

Pelakon Siri Terkenal YOU, Penn Badgley Umum Berita Kelahiran Anak Kembar Lelaki

Share

Pelakon terkenal Amerika Syarikat, Penn Badgley, 38, dan isterinya, Domino Kirke, mengumumkan berita gembira apabila pasangan itu menyambut kelahiran anak kembar lelaki identikal, sekali gus menambah lagi bilangan cahaya mata dalam keluarga mereka.

Badgley yang cukup sinonim dengan watak Joe Goldberg dalam siri popular You, berkongsi khabar tersebut menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.

Dalam video pendek, beliau kelihatan berbisik sambil menunjukkan kaki kecil bayinya dengan kapsyen ringkas yang turut diselitkan promosi acara buku terbaharu mereka berjudul Crushmore yang dijadualkan berlangsung pada 14 Oktober ini di New York.

Pasangan berkenaan sebelum ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata kembar pada Februari lalu selepas imbasan sonogram menunjukkan mereka mengandungkan bayi identikal yang berkongsi uri.

Penn menunjukkan kaki bayi kembarnya dalam hantaran di Instagram

BACA JUGA: Penn Badgley Tenang Dengan Al-Quran, Baca Setiap Malam Untuk Meditasi

Dengan kelahiran terbaharu itu, keluarga kecil mereka kini bertambah meriah apabila Badgley dan Kirke mempunyai empat orang anak lelak  termasuk seorang anak lelaki berusia empat tahun serta Cassius, 16, iaitu anak Domino hasil perkahwinan terdahulu.

Penn sebelum ini menurut laporal People secara berseloroh mengakui dirinya kini berada dalam ‘tekanan besar’ untuk membesarkan anak-anak lelaki yang baik akhlaknya.

Malah, ketika ditanya mengenai superpower sebagai seorang bapa, pelakon itu menjawab ringkas, “Sabar… sebelum hilang sabar juga.”

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA