Uncategorized

Pelakon Lelaki Terbaik Asia Pasifik ke-43, Khalid Salleh Meninggal Dunia

Share

Pelakon dan penggiat seni, Khalid Salleh, 70 tahun  dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri hari ini.

Perkara itu disahkan anak lelaki Allahyarham, Israr Khalid ketika dihubungi Astro Awani.

Allahyarham pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 di Taipei pada tahun 1998 menerusi filem Jogho selepas seniman P.Ramlee.

Antara filem-filem lakonannya adalah Penghujung Malam, Kaki Bakar, Buai Laju-Laju dan juga Hanyut.

Allahyarham juga merupakan penulis buku berjudul Melayu Hilang Di Dunia.

Terdahulu, media melaporkan kesihatan dan pelakon itu dalam keadaan baik walaupun kelihatan uzur setelah fotonya tersebar di media sosial.

Salam takziah MH ucapkan kepada keluarga Allahyarham.

sumber: Astro Awani

IKLAN