Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Song Young Kyu yang dilaporkan meninggal dunia pada pagi Isnin di kediamannya di Yongin, Gyeonggi-do.
Menurut laporan media tempatan, pelakon berusia 55 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan yang berada di kawasan parkir kompleks rumahnya sekitar pukul 8.00 pagi waktu tempatan.
Pihak polis mengesahkan tiada sebarang tanda-tanda jenayah ditemui di lokasi kejadian, namun siasatan lanjut termasuk proses bedah siasat akan dilakukan dengan persetujuan keluarga.
Song Young Kyu mula mencipta nama dalam industri hiburan menerusi lakonan berkesan dalam pelbagai drama dan filem, ini termasuklah peranan sebagai Ketua Choi dalam filem pecah panggung Extreme Job.
Ads
Bagaimanapun, namanya menjadi perhatian baru-baru ini selepas terbabit dalam kes memandu di bawah pengaruh alkohol pada 19 Jun lalu. Hasil siasatan polis mendapati tahap alkohol dalam darahnya melebihi 0.08 peratus ketika memandu sejauh kira-kira lima kilometer di Yongin, menyebabkan lesen memandunya dibatalkan.
Susulan insiden itu, beliau menarik diri daripada pementasan teater Shakespeare in Love dan babaknya dalam beberapa drama televisyen seperti The Defects dan The Winning Try telah diedit.
Ads
Pemergian mengejut ini meninggalkan kesan mendalam buat peminat serta rakan-rakan industri, yang mengingati beliau sebagai seorang anak seni berbakat besar dan berkarisma di layar perak mahupun kaca televisyen.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama bersiri Thariq Ridzuwan: His Treasure kini sudah pun memasuki episod keenam dan ternyata, naskhah ini semakin mencetuskan keterujaan dalam kalangan penonton.
Sejak Thariq, lakonan Meerqeen dan Radwa (Qasrina Karim) melangkah ke alam perkahwinan, detik bahagia mereka tidak pernah lekang daripada gangguan pihak ketiga.
Bukan sahaja individu luar, malah ahli keluarga sendiri turut menjadi dalang yang cuba merobek keharmonian rumah tangga pasangan ini.
Namun, kekuatan karakter Thariq sebagai suami yang tegas dan tidak mudah terpengaruh jelas menjadi tunjang utama dalam mempertahankan mahligai yang dibina.
Ketika mak long dan Aina cuba memburukkan Radwa, Thariq tampil mempertahan isterinya dengan penuh keyakinan.
Sikapnya itu telah mendapat pujian meluas daripada peminat drama ini dan pelbagai reaksi telah diberikan netizen di media sosial. Antaranya;
Sementara itu, antara momen yang paling menyentuh perasaan sepanjang empat episod awal ini tentulah majlis perkahwinan Thariq dan Radwa yang penuh dengan usaha serta keikhlasan.
Meskipun Radwa menolak pada awalnya, namun semangat dan ketulusan Thariq akhirnya berjaya melembutkan hati si gadis.
Kemesraan mereka selepas perkahwinan juga berjaya membuatkan penonton tersenyum sendiri hingga yang meninggalkan komen seperti;
Bagaimanapun, kebahagiaan mereka dijangka tidak akan bertahan lama apabila muncul ancaman baharu yang sedang dirancang oleh Zafir dan watak misteri yang masih menjadi tanda tanya.
Ada peminat yang meramalkan Farez iaitu lelaki yang pernah menyimpan perasaan terhadap Radwa, bakal menjadi dalang seterusnya.
Apakah nasib rumah tangga pasangan ini? Jangan lupa terus menonton Thariq Ridzuwan: His Treasure setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria atau strim di Astro One dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Meerqeen & Qarina Karim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ina Naim menzahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan Astro kepada anaknya, Ehmad Hadie, untuk menyertai program realiti baharu, Talk To My Manager.
Menurut Ina, ini merupakan detik terbaik untuk Hadie memulakan perjalanan sebagai penyanyi muda.
“Pertama sekali, saya rasa sangat bersyukur kerana pihak Astro memberikan peluang ini kepada anak kami. Hadie hanya anak biasa sahaja.
“Mungkin yang menggerakkan hati mereka untuk memilih Hadie adalah Allah SWT. Saya anggap peluang ini sebagai sesuatu yang baik buat Hadie.
“Lagipun Hadie merupakan pelajar ‘home schooling’ sepenuh masa. Jadi, saya mahu memberikannya pendedahan tentang dunia luar di program ini,” katanya kepada MH.
Ina berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Talk To My Manager yang berlangsung di Royale Chulan, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam pada itu, Ina turut berkongsi, arwah suaminya, penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad, pernah menerima tawaran serupa daripada pihak Astro, namun terpaksa menolaknya kerana beberapa kekangan.
“Saya mahu Hadie mengambil semangat arwah bapanya. Sebelum ini, arwah Suhaimi pernah menerima tawaran seperti ini daripada pihak Astro.
“Namun, disebabkan masalah kesihatan dan kami tinggal jauh, arwah terpaksa tolak. Kini, Allah datangkan anak pula untuk meneruskan harapan itu. Jadi, kita terima peluang itu.
“Mungkin bila menyanyi di pentas ini nanti, Hadi akan ingat ayahnya juga pernah terima peluang seperti ini. Jadi, saya minta dia buat yang terbaik,” ujarnya.
Mengikut jejak langkah arwah bapanya, Hadie mengakui sudah mula menyanyi sejak usia lima tahun dan telah merakamkan album bersama arwah Suhaimi.
“Saya mula menyanyi sejak umur lima tahun. Arwah ayah memang selalu bawa saya pergi ke jemputan persembahan. Dari situ, saya dapat melihat sedikit sebanyak cara ayah saya menyanyi.
“Saya juga selalu menyanyikan lagu arwah ayah. Jadi, arwah nampak saya ada bakat dalam dunia nyanyian. Ayah juga pernah buatkan album untuk saya.
“Kini, saya hanya mahu harumkan nama ibu dan ayah dan meneruskan perjuangan beliau,” katanya.
Dalam masa sama, Ina turut menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan cabaran dan kecaman apabila program tersebut mula bersiaran kelak.
“Itulah hikmah yang kami terima sepanjang mengadakan sesi siaran langsung di Tik Tok. Segala kecaman dan hinaan, kami sudah boleh hadap. Itu yang Allah bagi sejak mula lagi.
“Mungkin apa yang akan berlaku di tv nanti, biasa sahaja buat kami. Insha-Allah segalanya boleh dikawal berbanding dengan komen-komen di media sosial. Kami tetap kena kental,” akhirinya.
Selain Hadie, Talk To My Manager turut menampilkan anak-anak selebriti lain seperti Thalita (Shuib), Auddra (Sharifah Shahirah), Ammar (Ameng), Marsya (Liza Hanim), Amad (Siti Saerah), Athalia (Sharifah Zarina) dan Ara Aziz (Aziz M. Osman).
Dalam format program ini, ibu atau bapa masing-masing akan bertindak sebagai pengurus kepada anak-anak mereka sepanjang pertandingan berlangsung.
Talk To My Manager akan dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk Aznil Hj. Nawawi, manakala Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah Ibrahim pula menggalas peranan sebagai juri tetap.
Program ini akan mula bersiaran pada setiap Ahad, bermula 24 Ogos ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria, dan turut boleh distrim melalui Astro Go serta sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datin Intan Najuwa memberikan reaksinya berhubung tindakan segelintir pihak yang dipercayai mempersoalkan perubahan wajahnya setiap kali dia memuat naik gambar di media sosial.
Menurut Intan, setiap orang berhak untuk melakukan apa sahaja suntingan, selagi tidak mengganggu orang lain.
“Nak edit muka jadi bujur, tiga segi, macam alien ke atau filter 10 inci ke, suka hatilah. Janji kita tak kacau orang.
“Gigih siap ada yang zoom, cari satu-satu salah. Anda ini memang betul-betul tak ada kerja dalam hidup,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi hantaran di aplikasi Thread.
Jelasnya lagi, gambar yang disunting atau dimuat naik itu akan menjadi memori indah yang kekal sepanjang hayat.
“Gambar kita, dia yang tersakiti lebih. Kita semua nak nampak cantik di dalam gambar. Itu adalah momen yang akan kekal sampai bila-bila,” kongsinya.
Netizen Beri Sokongan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan menasihati Intan agar tidak melayan komen negatif.
“Mereka nak jadi seperti awak tapi tak boleh. Jadi, mereka cari salah dan sebar kebencian.
“Setidaknya kita kelihatan lebih elok daripada yang menghina.
“Biarkan sahaja mereka Datin. Yang membenci akan terus membenci.
“Yang sibuk cari kesalahan orang itu, hidupnya sendu. Tak mengapa Datin. Nikmati sahaja percutian di London bersama keluarga tersayang.
“Mereka memang tiada kerja. Sibuk nak cari kesilapan orang sahaja. Sanggup buat kerja yang tidak bergaji. Sabar sahajalah.”
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial beberapa hantaran yang memperlihatkan segelintir pihak yang membanding-bandingkan wajah Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, antara gambar yang dimuat naik dengan realiti sebenar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...