Categories: Uncategorized

Pelakon Home Alone Meninggal Dunia Dalam Bilik Hotel

Share

Setelah dikejutkan dengan kematian vokalis utama Linkin Park, Cester Bennington kali ini industri hiburan dunia dikejutkan lagi dengan berita kematian pelakon Home Alone dan Big Fame, John Heard.

John Heard yang kini sudah berusia 71 tahun ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel Palo Ato yang terletak di California.

Menurut laporan media luar negara, punca kematiannya masih belum dikenal pasti.

Dikatakan unit kecemasan telah menerima kes untuk memberi rawatan kecemasan kepada pelakon ini namun tidak sempat kerana Heard telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum mereka tiba.

Heard yang baru sahaja melalui proses pembedahan kecil di belakang badan, Rabu lalu ini menggunakan khidmat penginapan di hotel tersebut untuk beristirehat.

Pelakon yang pernah memegang watak ayah di dalam cerita Home Alone ini telah meninggalkan dua orang anak iaitu Jack dan Annika.

Tahun lepas, Heard telah mengumumkan kematian anaknya Max berusia 22 tahun.

IKLAN