Pelakon veteran Hollywood, Daniel Stern, yang terkenal menerusi watak Marv dalam filem komedi ikonik Home Alone, kini berdepan pertuduhan undang-undang selepas didakwa atas kesalahan cuba mendapatkan khidmat pelacur di California, Amerika Syarikat.
Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Ventura County, Stern, 68, menerima notis saman daripada polis pada 10 Disember lalu susulan satu insiden yang berlaku di sebuah hotel di Camarillo, selatan California.
Kes itu kini telah difailkan secara rasmi dan Stern dijadualkan untuk pendengaran pertama di mahkamah pada 13 Januari 2026 bagi mendengar pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Di bawah undang-undang California, kesalahan cuba mendapatkan khidmat pelacur diklasifikasikan sebagai kesalahan kecil , yang membawa hukuman maksimum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga AS$1,000 (sekitar RM4,700) jika disabit bersalah.
Ads
Anak Daniel Stern, Henry Stern merupakan seorang ahli politik dan berkhadmat untuk California.
Setakat ini, menurut laporan TMZ, Stern mahupun wakilnya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pertuduhan berkenaan.
Ads
Insiden itu menarik perhatian ramai memandangkan ia berlaku pada musim cuti hujung tahun, ketika filem Home Alone kembali menjadi antara tontonan paling popular di televisyen dan platform penstriman.
Ads
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Stern dilaporkan menjalani kehidupan lebih tenang di Ventura County, jauh daripada dunia glamor Hollywood, dengan memberi tumpuan kepada bidang seni sebagai pemahat dan pengusaha projek kreatif.
Sekadar info, Stern mula menceburi dunia hiburan sejak tahun 1979. Filem pertama lakonannya ialah Breaking Away.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas bertahun dikatakan tidak bertemu, pelakon meningkat naik, Zairi Aziz teruja apabila berpeluang berjumpa secara empat mata dengan kakak yang juga pelakon senior, Nasha Aziz, baru-baru ini.
Menurut Zairi, pertemuan tersebut berlangsung dengan baik dan ia merupakan kali pertama mereka bertegur sapa selepas dia bergiat aktif dalam dunia seni.
“Baru kelmarin kami berjumpa di majlis tayangan gala sebuah filem. Alhamdulillah, pertemuan itu baik-baik sahaja.
“Beliau pun tahu saya sudah bergelar pelakon dan menyokong jalan yang saya pilih ini.
Saya sangat gembira bila kami dapat bertemu.
“Beliau merupakan pelakon legenda. Kami sempat duduk makan bersama dan beliau ada memberikan saya nasihat serta tips untuk terus kekal relavan di dalam industri,” katanya kepada MH.
Zairi berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana siri terbaharu terbitan Viu Original, Kelas Belakang yang berlangsung di TGV KLCC pada Rabu.
Katanya lagi, mereka sebenarnya jarang bertemu kerana kedua-duanya sudah mempunyai jalan dan kehidupan sendiri.
“Ini merupakan pertama kali kami berhubung selepas saya bergelar pelakon. Saya jarang berhubung dengan beliau kerana saya seorang yang pemalu.
“Sebagai keluarga, kami sentiasa menjaga adab dan menghormati antara satu sama lain. Ketika kami berjumpa, beliau sangat mesra dengan saya.
“Namun, saya tetap menjadi diri sendiri sebagai seorang yang introvert. Saya agak pemalu untuk bercakap. Selepas lama berborak, kami jadi makin selesa.
“Beliau juga nasihatkan saya supaya menjaga kualiti kerja dan jangan terlibat dengan cinta lokasi. InshaAllah saya akan pegang kata-kata itu,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Zairi turut memanjatkan doa semoga kakaknya itu sentiasa berjaya dalam apa juga perkara yang dilakukannya.
“Beliau merupakan kakak yang sangat baik. Saya sentiasa doakan beliau sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan urusannya sentiasa dipermudahkan,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Zairi turut menzahirkan rasa syukur apabila namanya kini sudah mula diberikan perhatian oleh para pengarah selepas memenangi program Pencarian Pelakon Drama Sangat.
“Saya sangat berterima kasih dengan TV3, pihak pengursan dan orang-orang di sekeliling sewaktu kerjaya saya baru nak meningkat naik ini.
“Program Drama Sangat itu mengubah perjalanan kerjaya saya. Kini, saya dapat berlakon di dalam sebuah siri terbitan Viu Original pula.
“Sebelum ini, saya pernah muncul dalam filem Banduan. Saya mulakan kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri,” akhirinya.
Selain Zairi, antara barisan pelakon yang turut membintangi drama Kelas Belakang ialah Amylia Aidura, Farihin Arnia, Areef Amran dan Ellie Suriaty.
Kelas Belakang bakal mula bersiaran di platform penstriman Viu bermula 8 Januari.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Singapura, Iskandar Ismail mendedahkan dia tidak dapat menahan sebak apabila namanya diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), malam tadi.
Menurut Iskandar, kejayaan tersebut tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu isterinya, Norazura Mohamad Ismail, yang sentiasa menjadi tulang belakang serta pencetus idea untuk dirinya menyertai GV12.
“Saya sebenarnya tak nak masuk GV12 ini. Namun, isteri meyakinkan saya untuk masuk ke program ini. Bila nama saya diumumkan sebagai pemenang dan saya dapat lihat reaksi isteri saya, saya jadi agak sedih.
“Dia banyak mendoakan saya semoga segala urusan saya lancar. Alhamdulillah, saya anggap perjalanan di GV12 ini sangat berbaloi. Saya sangat gembira.
“Sebenarnya saya tak sangka akan dinobatkan sebagai juara. Ketika nama saya diumumkan sebagai juara, saya tak tengok pun skrin. Bila dengar sorakan peminat saya jadi sebak,” katanya kepada MH.
Iskandar berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Final GV12 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Dalam pada itu, Iskandar turut meluahkan rasa kemenangan ini pasti lebih bermakna sekiranya arwah bapanya yang juga penyanyi, Allahyarham R. Ismail, masih ada di sisinya.
“Kalau arwah abah masih ada, mesti dia akan peluk dan cium saya berkali-kali. Bila saya solat, saya selalu titipkan doa buat arwah. Hadiah kemenangan ini adalah untuk arwah juga.
“Saya punyai banyak kenangan manis bersama arwah. Ketika saya sertai pertandingan nyanyian di Singapura, arwah tak bagi banyak tunjuk ajar dari segi teknik nyanyian. Mungkin arwah tahu kemampuan saya.
“Jadi, dia banyak berikan kata-kata semangat dan cara melembutkan nyanyian. Walaupun saya tak menyanyikan lagu tradisional dan lebih memilih rock dan balada, dia tetap menerima bakat saya dengan ikhlas,” kongsinya lagi.
Penyanyi lagu Menantimu Di Sana ini turut pasang niat untuk menyumbangkan sebahagian daripada hadiah kemenangan bernilai RM100,000 kepada golongan yang memerlukan.
“Saya berhajat untuk membantu mereka yang memerlukan. Jadi, sebahagian daripada duit kemenangan ini akan disumbangkan kepada anak-anak yatim dan badan-badan kebajikan di Singapura atau Malaysia.
“Sebelum ini, saya pernah menjadi juara di sebuah program nyanyian di Singapura dan sebahagian daripada hadiah kemenangan, saya sumbangkan kepada pertubuhan kanser,” kongsinya.
Selain itu, Iskandar mengakui dirinya kini bersedia untuk kembali bergiat aktif dalam dunia seni suara dan telah merakamkan beberapa buah lagu sebagai langkah awal perjalanan baharunya.
“Saya sudah merakamkan sebuah lagu OST bersama Idayu yang berjudul Mahal. Malah, saya juga sudah merakamkan semula lagu Pulanglah nyanyian Aisyah untuk versi lelaki.
“Buat masa sekarang, saya tidak akan terus menetap di Malaysia. Saya akan berulang alik. Jika ada projek yang lebih besar, saya akan menetap di Malaysia.
“Saya tak rasa usia saya sudah terlambat untuk kembali bergiat aktif dalam dunia nyanyian. Selagi saya ada tenaga dan tak sakit, saya akan buat yang terbaik dan sentiasa belajar,” akhirinya.
Iskandar tampil cemerlang menerusi tiga persembahan di pentas akhir sekali gus meraih markah tertinggi sebanyak 78.10 peratus.
Kemenangan tersebut melayakkan Iskandar membawa pulang hadiah utama berjumlah RM100,000 berserta trofi dan set perabot selain hadiah iringan lain.
GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam bermula 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam, menerusi Astro Ria (saluran 104).
Program ini juga boleh ditonton secara strim On Demand melalui Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Qi Razali dan isterinya, Wardah Hayati mengakui teruja untuk menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka yang dijangkan akan dilahirkan pada hujung bulan ini.
Menurut Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali, keutamaannya pada ketika ini adalah untuk memastikan keselesaan isteri serta anak yang bakal dilahirkan.
“Persediaan saya ini sudah sampai masuk ke tahap membeli lampin-lampin yang tiada kimia, sabun, baby cot dan beberapa barangan asas yang lain.
“Saya pun baru tahu ada baju bayi yang bersaiz kosong tahun. Bayi dijadulkan akan dilahirkan pada hujung bulan ini. Kami sudah pun bersiap sedia.
“Saya akan pastikan isteri dan anak selesa. Saya juga sudah siapkan bilik dan cari sediakan perkhidmatan-perkhidmatan ketika berpantang,” katanya kepada MH.
Qi berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Pemuja di TGV, The Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Filem Pemuja bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 Januari ini.
Jelas pelakon filem Babah ini lagi, dia juga sudah membuat persiapan dari segi mental dan fizikal untuk menjaga anak yang baru dilahirkan serta isteri yang akan melalui tempoh berpantang.
“Ramai juga yang bertanya adakah saya sudah bersedia nak berjaga malam. Di fasa awal kelahiran ini, memang suami yang akan kerap berjaga malam sebab kita nak bagi ruang kepada isteri berehat.
“Rasanya tiada masalah saya nak berjaga malam. Kita tengok bola tengah malam boleh sahaja berjaga. Namun, pada usia sekarang, ada kalanya tengok bola pun sudah tak larat.
“Separuh masa pertama pun sudah tidur. Tak mengapalah kita akan cuba adjust nanti,” kongsinya lagi.
Qi turut memaklumkan dirinya menerima pelbagai nasihat daripada rakan-rakan terdekat agar tidak terlalu tertekan dan sebaliknya menikmati momen-momen indah sebagai seorang bapa.
“Saya juga banyak bertanya kepada kawan-kawan terdekat. Perkara yang paling saya risaukan adalah keselamatan ketika masih bayi ini. Saya agak takut juga tapi kita doakan sahaja yang terbaik.
“Saya juga mahu memberikan keselesaan kepada anak dan ibu. Saya juga ada menonton beberapa video di Youtube tentang cara-cara mandikan anak.
“Ramai nasihatkan saya supaya tidak terlalu overthink. Mereka kata segalanya akan terjadi secara semula jadi,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia dan isteri juga sudah membuat beberapa pilihan nama untuk diberikan kepada anak mereka kelak.
“Kita sudah ada beberapa pilihan nama. Mungkin kita akan gabungkan nama-nama klasik dan. Kita nak anak itu tahu dan bangga yang dia datang daripada keturunan Melayu.
“Dia boleh menjadi dirinya sendiri tapi tetap kena ingat asal usul.
“Jantina pun kita tak pasti lagi sepenuhnya. Kata doktor, nampak macam anak perempuan tapi jantina bayi itu agak terlindung. Dia tak tunjuk semuanya lagi,” akhirinya.
Untuk rekod, Qi Razali mendirikan rumah tangga bersama Wardah Hayati pada 25 Mei tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!