Ads

Pelakon Filem Sakral Dedah Pernah Tiga Kali Fikir Akhiri Hidup

Selebriti Indonesia, Olla Ramlan membuat pengakuan mengejutkan apabila mendedahkan dirinya pernah berada di tahap paling gelap sehingga tiga kali terfikir untuk menamatkan hidupnya.

“Kalau mahu mengakhiri hidup itu sebenarnya dosa terbesar, sudah pasti. Tiga kali terfikir mahu bunuh diri,” katanya ketika ditemu bual dalam program FYP Trans7.

Menurut Olla, apa yang dilihat orang ramai di media sosial hanyalah sisi bahagia yang ditonjolkan, sedangkan realiti sebenar berbeza sama sekali.

“Kerana orang tidak tahu sakitnya. Orang cuma melihat Olla begini gembira! Ya, itu yang aku tunjukkan di media sosial, sedangkan di dalam sini hanya aku dan Allah yang tahu,” ujarnya dengan suara bergetar.

Pengakuan tersebut dianggap mengejutkan kerana sosok Olla selama ini dikenali ceria dan kuat, namun hakikatnya beliau pernah berada di titik rapuh. Malah, anak-anaknya sendiri tidak mengetahui apa yang ditanggung kerana dia memilih menyimpannya sendiri.

Ads

Mengimbas perjalanan keluar daripada tekanan itu, Olla berkata salah satu langkah awal adalah menjauhkan diri daripada hubungan dan persekitaran yang dianggap toksik.

“Aku sudah di tahap seperti aku mencari tenaga positif yang ada di sekeliling aku, jadi kawan-kawan yang toksik, hubungan yang toksik, lebih baik aku undur diri. Kerana aku sudah di fasa melepasi itu semua, aku sudah 45 tahun jadi harus yang bahagia-bahagia sahaja,” jelasnya.

Walaupun kehidupannya sering menjadi perhatian, termasuk gosip yang mengaitkannya dengan Teuku Ryan, Olla tetap memilih untuk memberi tumpuan pada hal-hal positif. Baginya, gosip akan datang dan pergi tetapi ketenangan adalah perkara utama.

Ads

Apabila ditanya tentang kebahagiaan hidupnya sekarang, Olla menjawab dengan penuh berhati-hati.

“Aku nikmati semuanya itu sebagai perjalanan hidup aku. Aku rasa itu privasi aku, tidak boleh menjawab apa yang aku rasakan dalam kehidupan yang aku jalani sekarang,” katanya.

Tambahnya lagi, proses untuk mencintai diri sendiri bukan sesuatu yang mudah.

Ads

“Bukan mudah, tidak segampang itu. Aku memuat naik dengan pelbagai perkara, orang fikir aku narsis. Sebenarnya tidak, kerana aku cuba mencintai diri aku sendiri,” katanya.

Sedikit info, terkenal sebagai seorang sosialit pempengaruh media sosial, Olla Ramlan pernah mengiasi beberapa naskhah sinetron dan filem seperti Sakral dan Suami-Suami Takut Isteri.

Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan Aufar Hutapea pada 2012 sebelum bercerai pada 2022.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.