Categories: Uncategorized

Pelakon Filem O.K, Tok Mi Dilapor Meninggal Dunia Sebentar Tadi

Share

Pelakon, Mohd Shamsuddin Abdul Rahman atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Mi dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi. Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia sekitar jam 11.00 tengahari.

Berasal dari Perak, Tok Mi sebelum ini pernah terlibat menerusi beberapa watak kecilan di dalam filem sekitar tahun 80-an seperti Bas Kondaktor, O.K dan Thermometer 3 di samping Zarina Zainuddin dan Melissa Saila.

Kehilangan bintang tersebut juga turut dirasai beberapa selebriti, seperti Ayu Damit dan Nur Sajat.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah…

 

IKLAN