Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer, mengesahkan perpisahannya dengan suami, Chris Fischer, selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Schumer menerusi satu hantaran di Instagram, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlegar sebelum ini mengenai status perkahwinan mereka.
Menurut Schumer, keputusan untuk berpisah dibuat secara matang dan penuh pertimbangan, tanpa sebarang konflik besar antara kedua-dua pihak. Berkahwin pada Februari 2018, Schumer dan Fischer dikurniakan seorang anak lelaki berusia enam tahun, Gene.
Pelakon filem Trainwreck itu menegaskan mereka kekal komited untuk membesarkan anak bersama-sama serta mengutamakan kesejahteraan Gene walaupun tidak lagi bergelar pasangan suami isteri.
Ads
Dalam kenyataannya, Schumer turut meminta orang ramai menghormati privasi keluarga mereka dan tidak membuat sebarang spekulasi melampau. Beliau menjelaskan hubungan mereka masih baik dan berasaskan rasa saling menghormati, khususnya demi anak tunggal mereka.
Ads
Difahamkan, pasangan itu juga mengambil keputusan untuk terus bekerjasama dalam aspek keibubapaan, malah masih mengekalkan komunikasi yang rapat bagi memastikan kehidupan Gene kekal stabil dan terurus.
Ads
Untuk rekod, Schumer mula menjalin hubungan dengan Fischer pada 2017 sebelum berkahwin setahun kemudian. Fischer merupakan seorang cef profesional yang turut dikenali menerusi beberapa buku masakan popular di Amerika Syarikat.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa terhadap seorang individu yang didakwa bertindak meninggalkan komen biadap berkenaan dirinya dan keluarga, termasuk kenyataan yang didakwa berbaur lucah serta meminta dirinya kembali ke negara asal, Singapura.
“Kepala bapak kau la. Berambus balik Singapura la gamp*ng. Tapi bini dan anak kasi tinggal. Biar aku servis kasi baik punya,” tulis individu terbabit.
Menerusi hantaran di Instagram, Aaron menyifatkan komen tersebut agak keterlaluan, lebih-lebih lagi apabila ia turut melibatkan isteri dan anak-anaknya.
“Boleh tahu siapa kenal ‘haramjad’ ni? Biadap dan kurang ajar. Saya, anak-anak dan isteri tak pernah kacau orang,” tulisnya.
Dalam masa sama, Aaron turut memohon bantuan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki individu terbabit.
“Orang masih suka cari masalah. Lepas itu buat video minta maaf kepada bana kau. SKMM & PDRM tolong bantu saya,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap kenyataan tersebut melampau dan berharap agar individu berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya.
Antara komen-komen yang ditinggalkan netizen termasuk;
“Semoga dipermudahkan urusan. Cari bang sampai dapat.”
“Jangan bagi muka orang macam ni.”
“Kasi ajar orang macam ni Datuk. Tak boleh bagi muka. Nanti dia naik lemak.”
“Tolong report polis kerana ada unsur ugutan seksual. Biar dia ke dalam. Jangan terima maaf dia. Nanti dia buat dekat orang lain pula.”
Sehingga kini, hantaran yang dikongsikan oleh Aaron itu telah pun meraih hampir 1 juta tontonan di Instagram.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahun 2025 bolehdisifatkansebagaitahun yang penuhwarna warnibuatindustrihiburantanah air.
Sebagaisyarikatpenyiaranterkemuka negara, Astro teruskomiteduntukmemberikanpeluangbukansahajakepadabakat-bakatbaharutetapiturutmencipta platform yang mendekatkan peminatdengan artis-artis ternamatanah air.
Sebagaitandapenghargaan dan penutuptahun yang gemilang, Astro denganbangganyabakalmengadakanKonsert Countdown KITA 2026 yang akandiadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada 31 Disemberini.
Gabungan artis legenda, figuraversatil dan bintanggenerasi baharubakal ‘menggoncang’ pentas dalamsatu acara yang disifatkansebagaiantara paling dinanti-nantikan.
Berikutadalahantara ‘fun fact’ berkaitan artis-artis yang bakal membuatpenampilanistimewa di Konsert Countdown Kita 2026;
Siapasahaja yang takkenal Ratu Rock Negara, Ella yang kekalrelevanmerentas zaman? Denganderetanlagu malar segar, aura Ella dijangkamenjadipencetusemosi dan nostalgia buatribuan penonton yang mahumenutup 2025 denganpenuh ‘jiwa’.
Ella dijangkabakalmengulangikejayaankonsertcondown tahunlalu yang berjayamenariklebihdaripada 30,000 penontondi lokasisertamencatatlebih 18 jutatontonan di platform media sosial.
Turutmenghangatkansuasanaialahkumpulan legenda Alleycats yang terkenaldenganlagu-lagu evergreen dan persembahan penuhkelas.
Kehadiranmerekabukansajamembawamemori manis, malah membuktikanmuzikberkualititidakpernahlapukditelan masa.
Selepasmunculmenerusi debut pertama di program Big Stage Alpha, kumpulan pop baharu, Alpha terusmenciptafenomena selepaskejayaanlagu Mona Lisa (Bang Bang) dan P. Ramlee & Saloma.
Meskipunbaharusahajaditubuhkannamun, impakluarbiasayang dicetuskan Alpha nyatatelahmengembalikan era kegemilangan ‘boy band’ di negara ini.
Malah, Alpha yang barusahajapulangdaripadamenjalani latihanintensif di Korea Selamatandijangkabakaltampildengan aura dan persembahanlebihbertenaga.
Sepanjangtahun 2025, Astro teruskomiteduntukmelahirkan bakat-bakatbaharumenerusi program-program realitiseperti Raise The Star Malaysia (RTSM) dan Talk To My Manager (TTMM).
Juara RSTM, DidieShazryturutdiberipeluanguntukberkongsi pentas bersama nama-nama besar di Konsert Countdown Kita 2026 nanti.
Ketika ditemui Media Hiburan (MH) baru-baruini, Didie memaklumkan 2026 bakalmenjaditahun yang agaksibuk selepasnamanyaturutdipilihuntukmengadakankonsertjelajah di Indonesia bersama artis-artis ternamasepertiNadhif Basalamah, Fajar Noor, Adrian Khalif dan Kunto Aji.
Sementaraitu, bintang TTMM yang juga anakkepadapengacara popular, Sharifah Shahirah iaituAuddrabakalmembuat kemunculanistimewa di konsertbeskala mega ituselepas berjayamenampilkanpersembahanpenuhbertenaga di acara Hello Putrajaya, baru-baruini.
Konsert Countdown KITA 2026 bukansekadarmeraikandetikperalihantahun, malahmenjadisimbolperpaduanmuzik pelbagaikaumapabila artis India dan Cina Malaysia turut digabungkandalamsatu pentas besar.
Antara yang mencuritumpuanialahDarkkey, ikon muzik Tamil tempatan yang terkenaldengan genre Sambarock.
Denganpersembahanbertenaga dan identitimuziktersendiri, Darkkeydijangka ‘menggegar’ pentas sekaligusmembuktikan muzik Tamil Malaysia mampuberdirisebarisdenganarusperdana.
Turutmenyerlahialah Ruhan, penyanyi yang semakinmendapat tempat di hatipeminatmenerusivokalmantap dan persembahan penuhemosi, selainkehadiran Geraldine Gan, artis Cina Malaysia yang dikenalidengansuaralunaksertalagu-lagu Mandarin menyentuhperasaan.
Selain artis-artis yang MH nyatakandiatas, antarabintang-bintangternama lain yang akanmenggegarkanKonsert Countdown KITA 2026 adalahseperti Hael Husaini, Nadeera Zaini, Amir Masdi, Mimi Fly dan ramailagi.
Konsert Countdown Kita 2026 dihoskan oleh gabungantigapersonaliti terkemuka negara iaitu Nabil Ahmad, Revathy Mariappan dan Yoon Ng.
Sementaraitu, pengacara, Haziq Hussnibakalmengendalikan acara Tirai Konsert KITA 2026 yang akanbermula pada jam 4 petang.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, nama penyanyi Yazmin Aziz menjadi bualan hangat apabila muncul dakwaan yang membayangkan hubungannya dengan kekasih, Simon Javier telah berakhir.
Spekulasi makin kuat selepas dia difahamkan telah memadamkan semua gambar dan video bersama lelaki itu di platform media sosial.
Beberapa hantaran di TikTok turut menunjukkan nada yang seakan menggambarkan perasaan yang sedang ditanggungnya seperti;
“Saya tahu nilai saya dan saya tidak akan sesekali terima kurang daripada apa yang sepatutnya.”
Selain itu, satu lagi coretan turut memperlihatkan sisi self-love yang cukup tegas.
“Saya menyayangi diri sendiri sebab saya tahu tak ada siapa yang boleh buat bahagian tu lebih baik daripada saya.”
Situasi tersebut membuatkan peminat mula tertanya-tanya sama ada hubungan di antara mereka benar-benar sudah berakhir atau sebaliknya.
Ketika isu ini diperkatakan, muncul pula komen daripada seorang pengguna media sosial yang mendakwa kisah mereka ibarat ‘habis madu, sepah dibuang’.
Bagaimanapun, ia ditepis oleh Yazmin.
“Tolong sikit. Kalau tak tahu cerita, jangan memandai. Saya dibuang ke dia dibuang?,” balasnya.
Di ruangan komen lain, ramai juga netizen tampil memberi kata-kata semangat untuk penyanyi itu.
“Tak mengapalah sis. Awak masih cantik dan ada lagi lelaki lebih tampan yang awak boleh dapatkan.”
“Ramai yang gembira untuk awak. Awak lebih baik tanpa dia. Semoga awak bertemu dengan lelaki lebih baik.”
“Awak akan temui cinta sejati. Terus melangkah ke hadapan. Akan ada seseorang yang sanggup berjuang untuk awak.”
“Ya, Allah pertemukanlah dengan pasangan yang baik yang boleh membimbingnya di dunia dan akhirat.
Setakat ini, Yazmin masih belum memberikan sebarang penjelasan rasmi mengenai status hubungan terkininya.
Terdahulu, Yazmin sering berkongsi momen romantis bersama Simon, seorang model dari Filipina, malah keduanya juga kerap berulang-alik antara Malaysia dan Filipina sepanjang perhubungan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Yazmin Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang juga penyanyi, Cheta Pot Pet menjelaskan dia dan selebriti versatil, Ifa Raziah tidak bermasam muka seperti yang didakwa segelintir pihak susulan tiada...