Uncategorized

Pejamkan Mata, Karya Berkualiti Ciptaan Malique

Share

Umum tahu Dayang Nurfaizah dan Malique baru sahaja melancarkan lagu duet mereka bulan Februari lalu yang berjudul Pejamkan Mata.

Pejamkan Mata sebuah lagu yang sering diputarkan di corong-corong radio dan menguasai kedudukan teratas setiap carta stesen radio, malah antara lagu yang menjadi pilihan pendengar kerana liriknya yang puitis serta penuh seribu satu makna.

Lagu ini juga menjadi satu fenomena yang besar apabila buat pertama kalinya lagu ini dipersembahkan secara ‘LIVE’ di pentas anugerah MELETOP 2017.

Sebuah kolaborasi yang mantap apabila lagu ini menggabungkan penyanyi bersuara merdu dan lantang Dayang Nurfaizah dan Malique merupakan seorang rapper yang dikagumi ramai serta salah seorang komposer dan penerbit tersohor di tanah air.

Kini, muzik video rasmi Pejamkan Mata bakal dilancarkan pada 8 Ogos 2017! Sebuah muzik video yang menampilkan empat orang artist popular tanah air. Sudah pasti klip video ini memberikan satu kelainan dan keunikan yang tersendiri.

Khas buat peminat setia Malique dan Dayang Nurfaizah lagu ‘Pejamkan Mata’ edaran Warner Music (M) Sdn Bhd, ini boleh dimuat turun menerusi digital platform: Apple Music, iTunes, Spotify, Yonder, JOOX dan KKBOX.

Lagu Pejamkan Mata merupakan hasil ciptaan Malique. Ia disertakan di dalam album TKO di bawah label Qarma Musiq. Malique mula mendiamkan diri dari industri hiburan tanah air sejak kumpulan Too Phat menamatkan pengembaraan seni pada tahun 2006 bersama Joe Flizzow.

Kini, muzik video rasmi Pejamkan Mata bakal dilancarkan pada 8 Ogos 2017.

IKLAN