Pelakon, Rita Rudaini menyokong usaha Mahkamah Syariah Terengganu yang menjatuhkan hukuman kepada mana-mana individu yang culas membuat pembayaran nafkah anak.
Menurut Rita, tindakan seperti ini memang wajar kerana ada segelintir pihak yang mengambil mudah walaupun sudah diberikan perintah mahkamah.
“Dah lama dah dan berapa ramai yang tanggung benda-benda macam ni. Benda wajib ikut arahan court pon jantan-jantan ni culas.
“Patut jantan-jantan macam ni tak boleh kahwin lain kalau tanggungjawab lama
dia tak boleh tunaikan.
“Macam orang berhutang la. Kalau masih belum lunaskan hutang, kena blacklist dari mohon mana-mana loan atau biasiswa,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan oleh pelakon filem Mami Jarum Junior itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.
Ads
Yang Jadi Mangsa Adalah Wanita
Malah, Rita turut memaklumkan isu-isu seperti ini banyak memberikan kesan dan kemudaratan kepada golongan ibu.
“Tapi itulah, mereka ini dibiarkan dan kesilapan berulang-ulang. Yang jadi mangsa adalah wanita.
“Sis rasa kena buat kerjasama dengan bahagian pembangunan wanita untuk melindungi wanita dari jantan-jantan dayus macam ini,” kongsinya.
Ads
Duit Nafkah Tak Sampai Ke Anak?
Dalam pada itu, Rita turut menangkis stigma duit-duit nafkah ini hanya akan dimanfaatkan oleh bekas pasangan dan tidak akan sampai ke anak-anak.
“Memang macam tu pun. Takut sangat bekas pasangan itu makan duit sekangkang kera yang mereka bagi walaupun ada bulan-bulan yang mereka culas.
“Kalau seorang wanita boleh tahan bawa perut besar sembilan bulan, apalah sangat.
Ads
“Teringat kes roti gardenia dalam resit bil anak-anak ketika fight di mahkamah dipertikaikan. Konon roti itu mak yang makan. Jadi, tak nak bayar dan buang dari resit. Kekejian apakah?,” kongsinya.
Sekadar informasi, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008.
Namun, rumah tangga mereka menemui titik noktah lima tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Ryyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Lily Allen, mendedahkan bahawa dia baru sahaja menjalani rawatan di sebuah pusat terapi bagi mendapatkan ketenangan dan keseimbangan dalam hidupnya.
Menerusi episod terbaru podcast BBC “Miss Me?”, yang dikendalikannya bersama rakan baiknya, Miquita Oliver, Lily berkongsi pengalaman menjalani sesi terapi intensif bagi mengatasi cabaran emosi yang dihadapinya.
“Saya berada di pusat rawatan selama beberapa minggu dan ia sangat membantu. Saya jalani pelbagai terapi berkumpulan serta sesi individu. Saya betul-betul perlukan masa dan ruang untuk menjauhkan diri daripada segala tekanan,” katanya.
Sepanjang berada di pusat rawatan, penyanyi “Smile” ini turut mengakui menjalani shadow work, iaitu terapi mendalam berkaitan inner child.
“Ia bukan sesuatu yang mudah. Ini adalah perjalanan seumur hidup. Penyembuhan tidak berlaku dalam sekelip mata,” jelasnya lagi.
Lily turut mendedahkan bahawa sejak menjalani rawatan, dia kini mengamalkan meditasi beberapa kali sehari untuk membantunya lebih fokus dan tenang dalam menghadapi kehidupan.
Dalam perkembangan lain, perkahwinan Lily dengan David Harbour, pelakon dari Amerika yang dikahwininya sejak 2020 sudah sampai ke penghujung.
Walaupun tidak menyebut secara langsung mengenai isu rumah tangganya sebagai punca dia menjalani terapi, Lily mengakui bahawa dia mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan demi anak-anaknya, Marnie, 12, dan Ethel, 13, hasil perkahwinan terdahulu.
“Saya tak kata saya sudah pulih sepenuhnya, tapi saya semakin kuat dan yakin mampu menjadi ibu yang lebih baik untuk anak-anak saya,” katanya mengakhiri perbualan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Neelofa, pernah menyifatkan adiknya yang juga pempengaruh media sosial, Ameera Khan, sebagai seorang gadis yang baik dan mudah dibentuk.
Menurut Neelofa, Ameera memiliki jiwa yang sangat lembut, menjadikannya tidak mustahil untuk melalui perubahan positif pada masa hadapan.
“Pada saya, dia seorang yang sangat lembut, kalau kata dia ‘own it’, dia akan menjadi seorang individu yang sangat baik. Dia memang punya jiwa yang lembut.
“Kalau dilihat pada ‘journey’ dia yang sekejap-sekejap sebelum ini pun, suatu hari nanti saya tak pelik sekiranya dia bagaimana nanti. Mungkin menjadi lebih baik daripada kita,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengambil contoh, terinspirasi dengan semangat rakan artis, Nora Danish dalam menuntut ilmu keagamaan.
Menurut Neelofa, kehadiran Nora yang kerap mengikuti majlis ilmu menunjukkan kesungguhannya dalam mencari ketenangan dan pemahaman hidup yang lebih mendalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Hasrat Marygrace untuk membanggakan ibunya bakal direalisasikan apabila namanya diumumkan sebagai juara program realiti One In A Million musim terbaharu.
Menurut Marygrace, dia juga tak pernah menyangka mampu mencapai kejayaan tersendiri, apatah lagi menewaskan para finalis lainnya.
“Saya bersyukur kerana Allah mendengar doa-doa saya. Sebenarnya, sasaran saya di sini hanyalah untuk menimba pengalaman dan perbaiki apa yang kurang.
“Saya tak pernah terfikir untuk memenangi pertandingan ini. Pada saya, ia sesuatu yang mustahil untuk menewaskan para peserta lain seluruh Malaysia.
“Bila bergelar juara, ia seperti tiket untuk ‘happy ending’ saya. Ibu saya kini semakin tua, jadi ia menjadi tanggungjawab saya untuk menunai segala impiannya dan keluarga,” katanya kepada MH.
Penyanyi kelahiran Keningau, Sabah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pentas akhir OIAM di Studio NTV7 pada Ahad.
Membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta termasuk wang tunai RM500,000, Marygrace mahu memanfaatkan rezeki tersebut ke jalan yang baik.
“Ya, ia jumlah yang sangat besar. Saya jadi teringat dengan impian untuk bawa ibu pergi umrah dan melancong. Saya juga mahu tubuhkan persatuan kebajikan saya sendiri.
“Saya suka kanak-kanak dan kucing. Jadi, saya nak bantu mereka yang memerlukan. Saya mahu gunakan wang ini sebaik mungkin.
“Saya juga mahu bina rumah yang lebih selesa buat keluarga,” ujarnya lagi.
Dia pada masa sama memilih untuk tidak ambil serius mengenai tanggapan segelintir pihak yang merasakan dirinya tidak layak bergelar juara program realiti berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.