Selebriti Neelofa ada berkongsi status di Facebooknya apabila dia tertarik untuk membantu pasangan yang menghidap kanser tahap tiga.
Neelofa meminta orang ramai agar sama-sama membantu Azira Baharum dan suaminya, Mohamad Izham.
“Let’s show a lot love and support to this girl and her partner! They both are diagnosed with cancer.
“May Allah ease everything for them and may Allah grant them courage, patience and strength to go through this. Sending love and support to you girl!,” tulis pengacara MeleTOP itu.
Ads
Ads
Menjengah di Instagram Azira yang menghidap kanser Limfoma tahap tiga, dia juga ada berkongsi video dan gambar.
Ads
Azira dan Izham kini sedang dalam usaha untuk mengumpul kos perbelanjaan yang mencecah RM50,000 ke RM100,000.
Foto: Facebook Neelofa/IG Azira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan calang-calang isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, walau penuh kelembutan, kudratnya jangan diduga.
Mengendong Aliff Syukri yang baru sahaja sembuh daripada sakit, kata Datin Shahida, walaupun berat, namun ini tanggungjawabnya kerana kesihatan suami masih belum mengizinkannya untuk bergerak aktif.
“Jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna namaku wanita.
“Nampak tak saya gendong aliff syukri….walaupun berat yg amat saya kira dia berat tulang + berat dosa.
“Maklum la dia x boleh angkat barang berat2 sebab kesihatan x mengizinkan tapi saya lah yg pikul tanggungjawab mengendong suami sebab nak juga ada feeling romantik kat situ….
Menerusi akaun Instagram pengacara Jihan Muse telah berkongsi sekeping gambar, semalam.
Jihan memaklumkan, dia memaklumkan dia tidak sihat dan sedang membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di ibu kota.
“Allahumma inni as aluka al-‘afiyah.. .Doakan result nya esok. Moga takde apa yg serius. Maaf lah kpd pihak terlibat terutamanya utk urusan kerja, saya tak boleh bg 100% buat masa ni sebab kena berjaga2 sebelum kene jaga. #mri #sakitmakmak”tulisnya.
Hangat sejak beberapa hari lalu apabila pelakon cantik manis, Fathia Latiff yang dikatakan telah membuka tudungnya.
Lalu, dia yang membuat penampilan pertama tanpa hijab di sebuah majlis pertunjukan fesyen di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam mencetuskan sensasi di kalangan peminat.
Secara profesional, si empunya badan sudah pun memberikan kenyataan mengenai penampilan terkininya itu.
Jadi, jom ikuti 10 fakta perihal Fathia.
Dilahirkan pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang bintang ini merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan.
Pernah mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2014. Bagaimanapun, difahamkan Fathia tidak berminat meneruskan kerjaya sebagai seorang peguam bertauliah.
Pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza sejak digandingkan bersama dalam drama Diandra. Namun, hubungan mereka renggang sekitar Januari 2015 meski beberapa kali dikatakan kembali bersama.
Kemudian, dia tampil mengenakan hijab sepenuhnya awal 2016.
Seringkali terpalit dengan masalah disiplin dan namanya pernah digugurkan daripada drama La Luna lalu wataknya digantikan dengan Zahirah.
Tampil membuat permohonan maaf selepas rakaman video Bigo Live Natasha Elyzza yang memaparkan seorang wanita mirip Fathia menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payu dara tersebar di media sosial.
Namanya terus panas apabila dilihat merokok menerusi sesi live di Insta Stories bersama Zarina Anjoulie.
Pemakaian tudungnya pernah dikritik gara-gara menampakkan anak rambut. Malah, sebelum membuat penampilan rasmi, pelakon jelita ini pernah tampil di sebuah café di sekitar Shah Alam tanpa hijab serta berambut pendek.
Didakwa mengalami masalah kesihatan mental dan depresi namun sehingga kini belum dipastikan sumber yang sahih.
Pada 24 April 2019, dia tampil mengumumkan tidak lagi mengenakan hijab dan menegaskan dia kini menjadi diri sendiri.
Foto/Sumber : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya