Ads

Parodi Tak Tun Tuang Jihan, Bell Curi Perhatian

Meskipun menerima komen positif dan negatif, namun lagu dendangan asal penyanyi Indonesia, Upiak Isil yang berjudul Tak Tun Tuang ternyata menjadi viral dan siulan ramai.

Melodi lagu yang sungguh catchy dan ditambah dengan aksi selamba Upiak berkain batik dan berbaju t-shirt lusuh memang mencuit hati.

Boleh dikatakan hampir semua platform media sosial, berkongsi video lirik lagu berkenaan.

Namun keadaan menjadi lebih lucu dan hangat diperkatakan apabila Jihan Muse dan Bell Ngasri tidak ketinggalan membuat parody untuk lagu tersebut dengan gaya mereka yang cukup memecahkan perut.

Ads

Parodi Tak Tun Tuang Jihan, Bell Curi Perhatian

Rata-rata netizen memberi komen positif dan mengatakan mereka sangat terhibur dengan gelagat Jihan dan Bell.

Ramai turut mengkagumi kelincahan Jihan di dalam video tersebut walaupun sedang sarat mengandung.

Ads

Parodi Tak Tun Tuang Jihan, Bell Curi Perhatian

Video yang dikongsikan oleh MeleTOP di Facebook itu telah ditonton lebih 28 ribu kali sebaik sahaja ia di muat naik ke media sosial.

Ads

Sementara itu, video asal Upiak kini sudah mendapat lebih 2 Juta tontonan di YouTube sejak setahun yang lalu.

Sumber Video: MeleTOP

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Syafinaz Tegas Jawab Isu Komen Terhadap Nubhan, Minta Netizen Jangan ‘Over...

Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.
error: Hello. Cannot.