Penceramah selebriti, Pencetus Ummah Amin meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang terlalu taksub dengan permainan video PUBG sehingga sanggup melanggar pendapat Mufti.
Katanya, kerana permainan video dan perkara lalai, Mufti pun menjadi bahan sindiran.
Rasa kecewa itu diluahkan oleh PU Amin di akaun Instagram miliknya.
Meski sedang menghitung hari menantikan kelahiran anak pertamanya, pelakon Mawar Rashid tetap setia belajar dan memperkasakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Malah, Mawar mengakui sepanjang mengandung, dia ada mengupah guru mengaji dan sesi pengajian dimulakan dengan belajar Iqra dan kemudian saling sama-sama membaca ayat suci.
“Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all..
“Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran.
“Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni,” terang Mawar.
Malah, pelakon Cinta Bersegi-Segi ini juga berharap ada sesi ini dapat diteruskan demj menambah ilmu agamanya.
“Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe..
“Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar. Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar.
“Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca.
“Insyaa’Allah And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat,” kongsinya panjang lebar di Instagram.
Baru-baru ini penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Tok Ti telah berkongsi gambar anaknya, Siti Aafiyah memakai tudung kanak-kanak.
“Anak bertuah ibu ni laaaaa… #hijabista #ibuhatihatigigiaafiyahnaktumbuh” tulisnya.
Program yang paling dinanti-nantikan setiap kali menjelang Syawal, Bombastika Raya 2026 kembali menemui penonton tahun ini dengan konsep yang lebih segar, meriah dan penuh warna-warni.