Categories: Uncategorized

“Pantang Nampak Perempuan Cantik Terus Terkam Macam Naga, Gila!”- Che Ta Bengang Dengan Perangai Lelaki Miang!

Share

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa bingung terhadap sesetengah suami yang mempunyai perangai gatal dan suka pada wanita lain meskipun dikurniakan isteri sudah sedia cantik.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta telah berkongsi luahan tersebut bersama pengikutnya di Instagram.

Orang lelaki ni kami sungguh tak paham , dapat bini punya comel , kulit putih gebu , perangai pun sweet2, pandai caqi duit , tapi pantang laaaaaaa nampak pompuan lain , depa celapak !!!! Teruihhhhh je nak terkammmmm macam nagaaaaa. Gilaaaaaaa
.
Hampa qasa awat jantan2 ni mcm ni ? Share sikit pasaipa orang jantan ada perangai seko seko macam ni? Gilaaaaaaaaa naaaaaa!
.
Share pleaseeeee!!

Tambah Che Ta, dia tidak faham dengan perangai segelintir lelaki yang masih berlaku curang walaupun mempunyai isteri yang comel, putih gebu, sweet dan pandai  mencari duit.

Luahan hati Che Ta itu mendapat respon yang pelbagai daripada para pengikutnya.

Terdahulu, Che Ta telah melangsungkan perkahwinannya bersama pelakon, Zain Saidin pada tanggal 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aaisyah Dhia Rana.

Foto: Instagram & Carian Google

IKLAN