Pelakon Sharnaaz Ahmad sememangnya dikenali dengan sikapnya yang lantang memberikan pendapat sama ada mengenai senario hiburan mahu pun isu-isu semasa.

Terbaru, Sharnaaz menerusi Twitter dilihat berang dengan sikap segelintir netizen yang mempersoalkan kredibilitinya dalam mendukung watak seorang hero drama bila ada yang anggap dirinya tidak sekacak Syafiq Kyle.

“Pada makcik / pakcik bawang tu, sedap jugak mulut komen itu ini, kalau anda nak muka ala shafiq kyle, anda ada tak muka ala ala hana delisha?? Kalau muka pon penyendal pintu, harap kurangkan sikit bawang tu, takut pedih mata org tgk..,” jelasnya

Sharnaaz memberi tahu sekiranya pengkritik tersebut tidak secantik Hana Delisha, mereka tidak layak untuk berkata sedemikian kepadanya.

IKLAN

“Tak paksa, lantak hang lah, tak rugi pun hang tak tengok.. dok hmm hmm kena pangg sekali baru ada akai..,” jelasnya lagi

Tambah Sharnaaz, dia juga tidak memaksa orang ramai untuk menonton drama lakonannya dan sedikit pon tidak terkesan mengenainya.

IKLAN

“Cuba sebut nama awak laju laju .. kan bunyi sama nama kita 🙂 jadi jom tgk ok.. jgn memilih sgt, kat malaysia ja pun, mana ada tom hanks atau tom cruzz.. k k k,” katanya.

Dengan nada sinis, Sharnaaz turut berpesan seorang pengguna Twitter untuk tidak terlalu memilih drama yang ingin ditonton kerana industri drama di Malaysia tidaklah sebesar drama antarabangsa sehingga dapat melahirkan pelakon hebat seperti Tom Cruise atau Tom Hanks.

IKLAN

“Saja nak tanya boleh tak cinta bukan kristal lawan 12 juta penonton jangan benci cintaku? Persaingan sihat sesama rakan..so boleh atau tak?,” soal Sharnaaz

Terdahulu, Sharnaaz ada memuat naik sebuah tweet untuk bertanyakan respon peminat akan kemampuan dramanya untuk menandingi drama raintaian Jangan Benci Cintaku yang memperoleh 12 juta tontonan.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya peminat drama tempatan untuk melontarkan pandangan mereka mengenai kualiti drama Cinta Bukan Kristal yang turut dibintangi pelakon, Ayda Jebat.

Bagi MH, berilah peluang kepada Sharnaaz untuk membuktikan kemampuannya untuk menjadi seorang hero sepanjang drama ini ditayangkan, kemudian, barulah kita menilai sejauh mana kemampuan pelakon tersebut.

Foto: Twitter & Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI