Penyanyi, Misha Omar memberitahu dia tidak menghalang sekiranya anak-anaknya ingin menceburi karier seni nyanyian selepas ini.
Meskipun begitu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, dia tetap mahu menitikberatkan soal akademik permata hatinya itu dengan sebaik mungkin.
Jelas penyanyi berusia 39 tahun ini lagi, soal akademik harus diberikan keutamaan.
“Yang paling penting akademiknya. Kalau dah habis sekolah, boleh sahaja kalau nak ceburi dalam bidang nyanyian.
Ads
“Jika nak menyambung pelajaran dalam bidang muzik pun, saya mengalu-alukan. Seperti Ernie Zakri contohnya, yang merupakan graduan dalam bidang muzik.
“Kalau anak-anak sudah ada minat ke arah itu misalnya, kita sebagai ibu bapa sudah pasti mahu anak-anak berjaya tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.
“Insya-Allah saya cuba untuk sokong apa juga kecenderungan mereka,” katanya kepada MH.
Ads
Imbas kembali, Misha mendirikan rumah tangga bersama Firros Ezzwan pada 2 Mei 2014.
Ads
Hasil perkongsian hidup bersama, penyanyi lagu Tanpa Rela ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5 tahun.
Misha juga memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini mencecah usia 15 tahun.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Amira Othman ada menitipkan kata nasihat mengenai solat tiang agama bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi Amira atau Nadia Amira Othman, dia menyarankan umat Islam untuk memyempurnakan ibadah solat.
Jelas penyanyi yang sinonim dengan lagu Hati-Hati ini, adalah amat penting untuk menitikberatkan soal ibadah solat.
“Semalam recording for Salamunalaik. Utk ramadhan nanti di Astro Oasis. Topic kesempurnaan solat. Sempurna ke solat kita?
“semoga kita sentiasa igt solat ni adalah tiang agama. Buat jahat mcm mana pun kena solat. Perbaiki solat. Sempurnakan lah solat sbb itu lah yg akan di tanya nanti,” tulisnya.
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memprosikan aktiviti perjudian bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Video berdurasi hampir dua minit itu nyata menimbulkan kemarahan ramai pihak terutamanya umat Islam di negara ini yang menyifatkan video berkenaan sebagai biadap dan tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan.
Dalam pada itu, pelakon, Ashraf Muslim turut meluahkan rasa kesal sebaik sahaja menonton video tersebut.
Jelas Ashraf, manusia ketika ini dilihat seperti tidak mempunyai rasa takut untuk mengajak manusia lain membuat kemungkaran secara terang-terangan lebih-lebih lagi di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
“Kurang Ajar! Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa.
“Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yg penuh rahmat Allah. Tapi video yang korang tengok ni telah merosakkan bulan yang suci ini.
“KURANG AJAR lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni pasal apa? Judi laa! JUDI ITU HARAMM!! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni!,” tulisnya.
Rasa kesal itu dikongsikan oleh pelakon filem, Bukan Cinta Malaikat itu menerusi entri terkininya di laman Instagram.
Malah, Ashraf turut menyifatkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan pembikinan video ini sebagai tidak berfikir panjang dan sengaja ingin merosakkan akidah umat Islam
“Aku tak tahulah, yang berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Pastu berani pulak nak promosi macam ni. Kalaulah korang ni Islam, menjawablah dengan Allah swt.
“Aku post video ni bukan untuk korang main judi atau nak promote bisnes diorang tapi nak bagitahu kepada masyarakat, ini adalah cara-cara anasir-anasir yang ingin merosakkan Islam secara halus.
“Dan media sosial adalah tempat yg mudah untuk mereka sampaikan. Video ni adalah JAHAT SAMA SEKALI dan ini adalah SALAH! Berani kerana benar,” katanya lagi.
Lantaran itu, Ashraf turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap kesemua individu yang terlibat didalam pembikinan video ini supaya ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
“Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan kepada mereka yg terlibat dalam video ini. Daripada yang buat idea, klien yang terlibat, pihak produksi, barisan pelakon, penyanyi dan krew dan mereka yang terlibat dengan video ini.
“Perbuatan ini memang tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat islam. Tindakan ini telah melanggar sensitiviti orang Islam dan memalukan negara yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi,” akhirinya.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Tasha Shilla yang selamat melahirkan anak pertama, pada Sabtu.
Sambil memanjat rasa syukur, Tasha pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat keluarga yang menjaganya sepanjang proses kehamilan.
“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.
“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya.
Malah dia turut menghargai semua pihak yang membantu bagi menyempurnakan proses bersalin bagi lelakinya itu.
“Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital.
“Dan yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much,” tulisnya lagi.
Berita gembira itu dimaklumkan bintang berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram dan turut disusuli dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Terdahulu, Tasha Shilla dan suaminya, Atiq Idris melangsungkan perkahwinan pada 28 Februari 2020.
Pada penghujung tahun lalu, dia dan suami telah sepakat untuk berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan mencecah 5 bulan.
Foto: Instagram Tasha Shilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...