Uncategorized

Pakcik Pelakon Shakilla Khoriri Maut Tersepit Antara Lori Dan Kontena

Share

Pelakon, Shakilla Khoriri menerusi Instagram sehari lalu memuat naik perkhabaran menyedihkan apabila pakciknya meninggal dunia akibat terlibat dalam nahas jalan raya.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Rizwan maut selepas tersepit antara sebuah lori dan kontena.

Berita pilu itu dikongsikan pelakon tersebut menerusi sebuah laporan  kemalangan sebuah portal.

“Berita ni pakcik saya…Al-Fatihah” tulisnya bersama keratan laporan kemalangan.

Menerusi ruangan komen, para peminat turut menitipkan doa selain merakamkan ucapan tahziah terhadap keluarga mangsa.

Terdahulu, memetik laporan berkenaan, seorang lelaki berusia 36 tahun, maut selepas tersepit antara sebuah lori dan kontena di Batu Caves. Kejadian berlaku pada 10.00 pagi, dua hari lalu.

Foto: Instagram Shakilla Khoriri

IKLAN